Sesungguhnya senyum itu adalah sedekah (^_^)v

Wednesday

~Wanita Solehah~


Assalamualaikum dear readers.... apa khabar kalian semua? sihat? mesti sihatkan... alhamdulillah... bagusla kalau sihat.... hehehehe... kalian ada baca entri kat atas nikan? ho lah mesti nak tahu apa yang aku maksudkan.... hari ini aku kena siapkan segala macam kerja untuk trip ke PENANG... hehehehe... seronok pergi naik pejabat canselori... eh betol ke eja macam ni? heheheh...ok la... kita straight to the point... aku pun pergi la ke PAS bukan parti politik ok... tapi PLAZA ALAM SENTRAL... aku dan kawan-kawan yang lain pun berjalanla mencari barangan yang perlu untuk trip tersebut... wah dah macam karangan SPM... kami pun singgah sebentar di kedai cenderamata yang ala-ala kedai kecil... tapi semua barang kat shop tu sangat menarik minat dan perhatian aku... cewah... dah boleh buat novel ni... aku perhatikan keadaan sekeliling sambil hati memikirkan segunung masalah yang menimpa dan bakal menimpa.... hurm... hebat ujian Allah... aku terpandang pada seorang perempuan ni... boleh dikatakan kakak la bagi aku.... berbaju kurung... bertudung labuh serta berpurdah..... aku perhatikan sahaja gerak-geri kakak ni... sambil aku memilih barangan yang aku inginkan... matanya sangat menawan hati aku... tengok dari kulit tangannya sangat putih... kalau ayat yang nak sedap sikit... putih kemerah merahan... aku asyik perhatikan sahaja kakak tu... dalam hati aku... kalau lah aku dapat melihat wajah kakak ni... alangkah bahagianya diri aku... 5 minit selepas itu... kakak tu keluar dari kedai dan duduk di kerusi berhampiran dengan kedai tersebut sambil menanggalkan purdah tersebut untuk meminum sedeguk air... alangkah bahagianya hati aku apabila Allah memakbulkan permintaan aku untuk melihat wajah kakak tersebut... sangat menawan... cantik dan sangat berseri-seri... senyumannya sangat manis.... aku terdiam seketika... dan berfikir... adakan aku layak seperti 'kakak itu' ? adakah aku telah bersedia untuk berpurdah dan bertudung labuh? adakah ilmu agama aku cukup untuk bertudung labuh seperti itu... Ya Allah... kerdilnya hamba Mu ini....sambil aku perhatikan 'kakak' tersebut... aku melihat seorang lelaki berkopiah mendukung seorang bayi menghampiri beliau sambil memegang tangan kakak itu..... alangkah bahagianya hati aku melihat kegembiraan sebuah keluarga dalam keimanan dan keindahan islam..... teringat akan kata-kata seorang ustaz...' wanita yang solehah akan dikurniaankan suami yang soleh dengan kebahagiaan di dunia dan akhirat sekiranya kita menjaga solat... kerana solat adalah tiang agama menuju kebahagian dunia dan akhirat...' 'kesucian wajah seseorang itu adalah dengan berwudhuk serta menjaga solatnya'.... sekiranya solat tidak dijaga... maka goyahla iman seseorang itu...

*peringatan buat diriku dan juga pembaca....

Sunday

Maher Zain Life In Concert

Assalamualaikum dear readers.... mohon maaf sebab aku dah lama tak update blog ni... seriusly aku sangat la busy dengan pelbagai assignment dan sekarang aku dah start new part time job... huhuhu... memang banyak benda yang aku nak kongsikan dengan kalian semua... tapi step by step ya...

firstly, baru-baru ini aku berkesempatan untuk menjadi salah seorang crew MZ tapi bukan under Maher Zain Fan Club, tapi under Inteam Records. Walaupun show tersebut berlangsung selama 2 hari tapi badan aku terasa amat penat... almaklumlah aku ni sangat suke berdiri sehinggakan terlupa yang aku masih dalam proses penyembuhan... ok3... kita lupakan pasal sakit tu... kita move forward ok... nak dijadikan cerita aku dilantik sebagai ketua dibahagian VIP untuk seat yang berharga RM297 and so on la... VIP ni kebanyakannya golongan artis... aku ni kurang gemar sangat kalau jaga bahagian VIP ni... ye la mane taknya... kalau salah sikit je nak saman.... naik fedup aku... huhuhu... masa hari pertamalah hari yang paling memenatkan bagi aku... bukan penat berdiri... tapi penat melayan karenah VIP ni... bila dah kena marah dengan diorang sebab seat yang diorang minta tak sama dengan apa yang berlaku didepan mata.. mane tak hanginnye VIP yang berkenaan... sampaikan aku pun terkena tempias berkenaan... diorang boleh pulak cakap kat aku "u ni macam mana handle majlis besar macam ni sedangkan i tengok u pun macam tak ada class je" huh tahap hangin aku dah naik sedikit... then ada pulak pak cik- pak cik VIP ni herdik aku... dah la time tu aku sorang je yang berani bersuara... "u ni memang tak ade otak ke nak fikir tentang seat yang kami dah tempah untuk my family, u tau tak berapa RM duit yang i habiskan semata-mata nak the best seat" pastu pak cik-pak cik ni speak in BI dengan aku... hambik ko... aku balas balik la dengan BI... terperanjat pak cik-pak cik tu nasib baik la ENCIK IZHAM boss Inteam records dan Pengurus tiket datang redakan keadaan.... diorang puji aku... diorang cakap... kamu ni berani la handle perkara macam ni sorang-sorang... malu i kena puji.... ada pulak mak cik VIP ni menjerit kat aku depan VIP lain sebab tak duduk sama dengan suami dia... boleh pulak main tari-tarik blazer aku yang cantik ni... huh... nasib baik aku ni cepat sabar.... aku masih ingat lagi ayat mak cik VIP ni "hei B***H, u jangan nak berlagak dengan i ok.... u ingat i ni ape??!" we will see u after concert...

aku dah menggelabah dah.... apa pulak mak cik ni nak buat kat aku.... tapi... after concert... tunggu punya tunggu... batang hidung mak cik VIP pun aku tak nampak... eleh... takut la tu.... tapi walaupun banyak perkara yang pahit... tetapi aku tetap berpuas hati kerana ramai sahabat muslimat yang menyokong aku... ukhwah yang terjalin tidak sedikit pun mematahkan semangat aku untuk berjuang dengan islam....

Kak ira comey dan kak Sarah

penat bertugas... kami bersantai sebentar di luar stadium
muslimat KTI sangat sporting

azlin dan kak ira comey

ini sahaja dahulu gambar yang sempat aku upload... penat menunggu... nanti aku upload lagi.... tunggu....


9 januari 2011 (Kak Azi birthday)

 Assalamualaikum.... 9 Januari 2011 genapla umur kak azi 24 tahun.... hehehe... untuk menyambut ulang tahunnya.. kami bersepakat untuk mengadakan riadah kecil kecilan di Taman Pertanian Cahaya Seri Alam Shah Alam.... pada mulanya 10 orang akan menyertai kumpulan kami... tapi akan tetapi hanya 5 orang sahaja yang dapat turut serta antaranya ialah kak azi, huda, ila firdaus, ina firdaus dan suraya firdaus... walaupun jumlah kami tak lah ramai sangat... tapi kami enjoy sangat....
terima kasih buat semua yang sudi hadir..... seronok berjumpa dengan kalian...


kak azi memegang RUSA

 spegeti khas yang di buat oleh kak azi

memerang bergigi emas

 antara juadah untuk santapan kami
*nasi lemak tu aku yang sponsor ;p*

 gambar kenangan bersama kalian

 sewaktu berada di taman haiwan

kak azi with horses

kak azi with dear

bersiap2 untuk ke rumah salji



setibanya kami di rumah salji




cantikkan salji di sini? walaupun tak sehebat di London...

Tuesday

Jom Join!!!!!


Selamat Tahun Baru


Assalamualaikum semua.... selamat tahun baru saya ucapkan buat semua sahabat2... saudara mara... keluarga serta pembaca blog saya ni... semoga ditahun baru ini segala impian dan azam yang kalian coretkan tercapai.... banyak kenangan di tahun 2010 yang tak dapat saya lupakan..... kalau diingatkan balik... tahun 2010 adalah tahun yang paling sibuk bagiku... kerana pada tahun berkenaan aku di lantik sebagai JPK (Jawatankuasa Perwakilan Kolej) saya rasa seronok sangat menjadi JPK walaupun tidak semua tugas yang saya laksanakan memuaskan hati semua pihak.... saya merupakan ahli JPK yang paling muda... hehehe... muda ke?? semua kerja yang saya lakukan ada saja silapnya.... walaupun pahit... ku telan jua.... segala pahit manis adalah kenangan bagiku sebagai JPK di Kolej Kediaman Seroja UiTM.... banyak tomahan yang dilemparkan terhadap diriku... tapi semuanya hanya tinggal kenangan.... kenangan....demi kenangan.... kerinduan pada tahun 2010 tetap akan ku pahat dan paku serta simen di hati dan sanubari ini.... fullamak.... sedap juga ayat ni..... tapikan.... dalam banyak2 tahun yang telah saya lalui... tahun 2010 lah yang paling manis dan pahit... entah kenapa saya rasa macam tu..... tapi walau ape pun... tahun 2011 akan ku cuba lakarkan segala perkara manis yang mungkin akan menjadi kenangan yang tidak akan ku lupakan......