Sesungguhnya senyum itu adalah sedekah (^_^)v

Friday

SAHABAT

Bersahabatlah hanya kerana Allah
Kalau dahulu, aku berbangga apabila mempunyai sahabat yang tidak menutup aurat, tidak menjaga solat 5 waktunya, bangga melakukan maksiat, tapi kini aku malu, malu untuk melakukan maksiat kepada Allah. Dan sekarang aku berasa begitu rendah diri untuk bersahabat dengan sahabat yang tinggi ilmu agamanya, sentiasa menasihati sahabat yang lain dan sentiasa mengingatkan sahabat yang lain tentang saat kematian. Aku malu kerana aku insane yang hina, tatkala dahulu aku selalu melakukan perkara yang bercanggah dengan Islam. Tatkala dahulu aku selalu berfikiran negative terhadap insan  yang beristiqamah berhijrah dengan bertudung labuh.
awak.... kita bersahabat sehingga ke syurga ilahi ya.....
Aku masih ingat lagi kata-kata yang pernah aku lemparkan pada seorang sahabat, “Setakat tudung je labuh hati bukannya baik sangat pun, saja nak tunjuk alim depan orang, bukan tak tahu perangai dia yang dulu tu…” Ya Allah… sungguh biadapnya hambaMu ini terhadap insan yang berhijrah menegakkan agamaMu, ampunkan segala dosaku Ya Allah sesungguhnya aku terlalu jahil dan tidak mengenal erti islam yang sebenar…. Tapi kini, insan yang aku hina itulah menjadi sahabat aku yang sentiasa menasihatiku dan menegur setiap perbuatanku. Ya Allah teguhkanlah hati kami untuk menuju syurga Mu Ya Allah… semoga persahabatan ini di redhai oleh Mu Ya Allah…


kakak-kakak yang sentiasa memberi nasihat dan inspirasi untuk aku berhijrah


ONLY YOU IN MY HEART

Rasanya sangat bahagia bila bersama dengan keluarga tersayang. Dapat makan sama-sama, bergurau bersama-sama. Kadang kala, cerita dongeng pun boleh berkongsi bersama. Kalau diikutkan hati rasa seolah-olah ingin bersama mereka setiap masa tanpa menghiraukan perkara lain. Akan tetapi, apakan daya, impian mesti dikecapi untuk merialisasikan apa yang terbuku dihati. Meneruskan pengajian keperingkat yang tertinggi akan ku tetapkan. Walaupun sekuat mana ujian yang menerjah, akan ku cuba untuk berjuang demi ilmu dunia dan juga akhirat.


Allah Maha adil dan Maha Penyayang, Allah mengirimkan aku ibu bapa yang sangat penyayang. Mereka mendidik aku dengan penuh kasih sayang dan tinggi ilmu agama. Mereka selalu mengingatkan aku akan solat, tanamkan sifat positif dalam diri dan sentiasa memaafkan orang lain.

Aku sering kali teringat akan pesan ummi, ‘sebelum tidur kita kena baca surah 3 kul, ayat kursi dan ayat seribu dinar serta doa tidur, dalam doa tidur itu kita selitkan kalimah syahadah dan sebelum kita lelapkan mata kita niatkan dalam hati  bahawa aku dah maafkan orang yang buat salah pada aku dan mohon pada Allah supaya orang tu pun maafkan setiap salah dan silap kita halalkan semuanya. Sebab apa ummi pesan macam tu? Sebab nanti kita meninggal, kita telah maafkan orang…’ pesan ummi itu sentiasa aku praktikkan dalam kehidupan aku seharian.

Benar kata ‘peribahasa di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi’. Aku kagum dengan kelebihan bondaku ini. Walaupun ummi sibuk di pejabat, ummi tidak pernah lupa akan tanggung jawabnya terhadap keluarga. Rutin harian ummi sangat padat, tapi ummi tidak pernah sesekali merungut. Ummi akan menyediakan hidangan yang lazat walaupun ummi sendiri tidak menjamahnya. Ummi akan bangun di awal pagi untuk menyiapkan sarapan untuk kami.waktu tengahari ummi pulang pejabat dan terus ke dapur untuk menyiapkan makan tengahari. Walaupun masa waktu itu hanyalah sekejap, akan tetapi ummi tetap hebat dan pandai menjaga hati kami.

Pada setiap hari Isnin, ummi akan pulang rumah sebelum pukul 7 mlm. Kerana pada masa itu ummi berpeluang mengisi waktu yang sedikit dengan menghadiri majlis agama untuk menambah ilmu di dada. Aku sangat kagum dengan ummi. Benda yang paling aku kagum dengan ummi ialah pada waktu malam setelah solat maghrib, ummi akan mengisi waktu itu dengan mengumpul bekalan untuk akhirat iaitu dengan mengajar al quran kepada anak-anak kampong. Aku sangat kagum dengan ummi yang mampu meluangkan sedikit masa yang ada. Setiap kali aku pulang ke kampong, aku akan duduk bersebelahan dengan ummi sewaktu ummi mengajar mengaji, meneliti dan memerhati akan gerak geri ummi yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah. Sentiasa akan membuatkan kami tersenyum. Aku bersyukur kepada Mu Ya Allah kerana mengurniakan ibu yang sebaik ummi. Terima kasih Ya Allah.

Aku masih ingat sewaktu aku dalam lingkungan umur 5 tahun, ummi mula mengajarkan aku alif ba ta. Dan Alhamdulillah aku mudah mengenal, bekat dari doa seorang ibu, aku khatam al-quran pada usia yang terlalu muda iaitu umur 7 tahun. Sejak dari kecil, aku dibesarkan dengan alunan zikrullah oleh ummiku, dan sejak dari itu juga papa melatih abang-abangku yang lain untuk berjinak-jinak dengan al-quran. Sejak dari itu papa selalu menghantar abang-abang aku untuk menyertai pertandingan tilawah al-quran dari peringkat zon sehingga keperingkat negeri. Aku tertarik, sewaktu aku berumur 9 tahun, papa menyenaraikan aku masuk pertandingan tilawah al-quran peringkat zon negeri Terengganu.

Insan yang selalu memberi semangat dan inspirasi untuk menang pertandingan itu adalah ummi. Ummi banyak mengajar aku tentang cara-cara untuk bacaan yang merdu dan betul. Pada waktu itu, aku hanyalah belajar tarannum yang paling senang iaitu tarannum Bayyati. Dan Alhamdulillah, aku mendapat tempat yang ke-2. Aku sangat gembira dan kagum dengan kesungguhan ummi dan papa mendidikku. Alhamdulillah, aku bersyukur padaMu Ya Allah, semoga setiap kebaikan yang ummi dan papa lakukan menjadi bekalan di akhirat kelak. Benarlah kata pujangga, Tangan yang menghayun buayan bias menggongcangkan dunia.
Ummi dan Papa adalah insan yang terbaik Allah kirimkan buat diriku. Terima kasih Ya Allah.



Firman Allah :
“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusuinya dalam dua tahun, bersyukurlah padaku dan kepada dua ibu bapamu hanya kepada Ku lah kembalimu.”
Surah Luqman : 14

Islam itu Indah!

Sesungguhnya islam itu sangat mudah dan tidak membebankan, kalau dahulu sewaktu masih jahil aku selalu mengeluh kerana apabila ingin menunaikan solat mesti cari surau, tapi sekarang, aku buang sikap itu... aku tanamkan dalam hati bahawa islam itu sangat indah, islam itu memudahkan di mana-mana kita boleh menunaikan solat 5 waktu, asalkan tidak di tempat yang kotor dan mempunyai najis... Alhamdulillah, aku yakin dengan ketentuan Allah...


Akhirnya sinar itu kucapai Jua

Aku gembira melihat ramai yang telah berhijrah, dari mengenakan pakaian berlengan pendek, kepada berlengan panjang, dari tidak bertudung, kepada bertudung. Pabila melihat mereka berhijrah, aku mula terdetik dihati untuk mengenakan tudung yang bidang agak lebar dari biasa. Dan pada saat itu, aku mula membeli sehelai tudung berwarna coklat pekat dengan secara senyap-senyap, perasaan malu singgah di hati. Pada mulanya aku cuba mengenakan tudung berkenaan hanya di dalam bilik dan di hadapan cermin. Tatkala aku melihat diriku di hadapan cermin aku merasakan ketenangan yang tak pernah aku alami sebelum ini. Aku mula perlahan-lahan memakai tudung berkenaan bermula pada pertengahan tahun 2009. Penghijrahan yang aku lakukan sangat drastik. Teman-teman sekeliling terkejut dengan perubahan aku. Mereka mula perlahan-lahan jauh dari aku, dari selalu keluar makan bersama-sama kepada berseorangan. Pada waktu itu, aku sering kali makan di bilik bersendirian ditemani oleh si comel owem (kucing). Aku ingin beristiqamah yang aku akan kekalkan imej ini sampai bila-bila. Aku sentiasa berfikiran positif kepada rakan-rakan, mungkin mereka hormatkan perubahan aku untuk menjauhkan diri dari aku, untuk tidak mengajak aku ketempat-tempat hiburan yang tidak patut dijejaki oleh menusia seperti aku.

Akan tetapi, hari demi hari Allah menguji aku dengan sikap teman-teman yang langsung tidak mengambil berat tentang diri aku. Kalau dahulu mereka selalu singgah ke bilik aku untuk bertanyakan khabar, tapi sekarang, langsung tidak. Aku semakin tidak bersemangat untuk belajar.

Aku tidak kuat, dan Allah sekali lagi menguji aku untuk aku tinggalkan tudung labuh.  Aku tidak mampu menghadapi ujian Allah ini, iman di dadaku sangat rapuh, dan dengan mudah aku meninggalkan imej berkenaan. Setelah aku tidak mengenakan tudung yang labuh, ramai pula teman yang datang dan mengajak aku keluar berhibur tanpa menghiraukan waktu solat. Pada ketika itu, aku hanya solat dalam keadaan terpaksa, langsung tiada khusyuknya. Ya Allah hinanya aku….

Aku menjadi bahagia dengan hidup berkenaan. Tetapi kebahagiaan itu hanyalah seketika. Tatkala aku mendapat panggilan dari kakakku yang mengatakan bahawa ayahnda tercinta di masukkan ke wad kecemasan kerana di patuk ular sewaktu bertugas. Aku hanya menangis dan menangis. Aku berkemas untuk pulang ke kampong, tatkala aku menarik laci almari aku terpandangkan sehelai kain berwarna coklat yang masih kemas terlipat. Aku menarik dan…. Air mataku bejujuran jatuh… Ya Allah…. Aku rindukan perasaan yang dahulu… aku inginkan ketenangan yang pernah Engkau singgahkan kedalam hati aku suatu ketika dulu… aku terus mengambil wudhu’ dan terus sujud syukur menyembah ilahi kerana masih diberi peluang untuk aku terus berubah… aku terus bersiap untuk pulang ke kampong halaman.

Tudung yang masih dipakai sehingga sekarang

Sewaktu menunggu ketibaan kakak dan abang cik, aku berkesempatan untuk menghadirkan diri ke program ‘solat jenazah’ bertempat di Pusat Islam (CITU)UiTM. Sebaik sahaja mendengar penceramah mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-quran, tiba-tiba air mata jatuh mula membasahi pipi. Sungguh hambaMu telah terlalu lama tidak memujiMu Ya Allah… dalam pada masa itu, fikiranku mula terbayang seraub wajah insan tua yang sentiasa sabar dengan karenah anak-anak, papa… aku tidak putus-putus berdoa semoga papa dalam keadaan selamat.

Teringat akan kata-kata ustaz Lutfi : Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu hambaNya tanggung…

Aku pegang dengan kata-kata itu, dan aku yakin Allah Maha Mengetahui setiap apa yang terjadi… Semenjak dari hari itu, aku tanamkan niat dan azam untuk terus berubah. Aku yakin, Allah sentiasa bersama hambaNya…

semoga papa sentiasa dalam rahmat Allah
Alhamdulillah, papa semakin sihat sehingga ke hari ini dan mampu tersenyum melihat kejayaan anak-anaknya…

Aku akan terus berpegang pada janji yang aku akan terus berjalan di jalan Mu Ya Allah. Semoga setiap apa yang aku lakukan sentiasa dalam lindungan Allah.
Ya Allah, sesungguhnya setiap langkadan perbuatanku ini hanyalah kerana Mu….

Alhamdulillah kembali lagi menulis

Assalamualaikum semua pembaca...
Mohon maaf kerana hampir 2 tahun tidak menulis di sini Oleh kerana terlalu banyak perkara perlu aku uruskan dari hari ke hari mencari sinar yang telah ku ketemui. Alhamdulillah, sesungguhnya Allah maha pengasih dan Maha penyayang. Allah memberikan aku satu sinar baru, sinar yang belum pernah aku temui sebelum ini. Alangkah indah dan bahagianya hati ini.

Kalau duhulu, hati ini selalu dalam keadaan yang tidak tenang dan tenteram, selalu inginkan kegembiraan dengan mencari sesuatu kepuasan dengan cara yang salah. Selalu membelakangi ummi dan papa dalam semua hal hanya kerana seorang lelaki. Kesalahan yang sering aku lalukan kerana si dia. Aku ingin kembali ke pangkal jalan, mencari redha illahi. Tatkala duhulu, aku sering membuatkan ummi menangis kerana sikapku yang sering kali alpa dalam menegakkan agama Mu Ya Allah… tatkala duhulu aku sentiasa mengguriskan hati ummi dan papa kerana aku inginkan kebebasan, bergaul dengan lelaki ajnabi  tanpa menghiraukan adab dan batasan.  Tatkala duhulu, aku pernah mengatakan yang pabila tua baru nak bertaubat…. SubhanAllah… jahilnya hambamu ini Ya Allah…

Tatkala dahulu, kerana seorang lelaki, aku sanggup menipu dan membohongi ummi dan papa…. Sungguh kejam hambaMu ini Ya Allah….. tapi, kerana engkau Ya Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun, Maha Memurahkan dan Maha segala-galanya… aku bersyukur  Ya Allah… engkau Maha Mendengar setiap rintihan hati hambamu….

Ya Allah, aku mohon kepada Mu, ampunkanlah segala dosa-dosaku, dosa yang terdahulu, dosa yang kini, dan dosa yang akan datang… Ya Allah, dalam sujudku ini, aku mohon kepada Mu dengan penuh rasa rendah diri, Ya Allah, Engkau ampunkanlah segala dosa kedua ibu bapaku yang selama ini telah banyak berkorban untuk membesarkan aku dengan penuh kasih sayang…. Ya Allah, limpahkanlah rahmat kasihmu buat kedua ibu bapaku… rahmatilah mereka Ya Allah… Jangan Kau Zalimi mereka hanya kerana dosa-dosaku yang duhulu Ya Allah….. Engkau lindungilah mereka Ya Allah… sesungguhnya aku amat menyayangi mereka Ya Allah… Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku Ya Allah… terimlah taubat hambamu ini Ya Allah…. Sesungguhnya Maha Mendengar lagi Maha Pengampun… Amin Ya Rabbal aalamin….

Papa & Ummi
bahagia selamanya