Sesungguhnya senyum itu adalah sedekah (^_^)v

Tuesday

Akhirnya, berjumpa juga dengan si dia

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita untuk terus hidup diatas bumi ini.



Baru-baru ini, Daie Adibah ada bagi talk di masjid Uitm, dah hampir lupa program ape waktu tu. Tapi yang pasti tempatnya di Masjid Uitm, hari isnin. Kebetulan, waktu tu, persatuan Mahasiswa Hadhari ada mengadakan Majlis Berbuka puasa secara percuma atau lebih selesa dengan panggilan Ifthar Jamaie, makan dalam talam beramai-ramai. Seronok sangat dapat makan macam tu, dapat ramai kenalan, dan juga dapat eratkan hubungan silaturrahim. Korang nak tau ape yang berlaku mase tu??

sekadar gambar hiasan

Memang tak disangka-sangkakan Allah pertemukan kami dalam satu dulang yang sama. Hati berdegup kencang melihat si dia duduk bersimpuh di depanku dengan tatapan mata bersama. Allah! Rasa nak menjerit pun ada, Daie Adibah Rozain makan sedulang dengan aku!!!!  Beliau sangat cantik dan peramah. Mudah mesra dengan rakan baru. Setiap suapan dikunyah perlahan-lahan dan penuh sopan. Allah, hati ku cair, lidah terkelu, tak mampu berkata-kata. Pertemuan ini akan menjadi kenangan sampai bila2.

Biodata Adibah Rozain




Nama Penuh : Nor Adibah Binti Rozain
Nama Timangan : Adibah
Umur : 20 Tahun
Pendidikan : Sarjana Muda Fakulti Pendidikan TESL, Universiti Teknologi Mara Shah Alam
Hobi : Membaca, Memasak dan Menjahit
Imej & Style : Sederhana
Info Menarik : Beliau bergiat aktif di dalam program berdakwah dan rohani di peringkat sekolah dan university. Beliau juga pernah menjadi johan syarahan agama peringkat Negeri Pahang

Aisyah izzati

Setelah sekian lama aku mencari akan dirimu, dengan pelbagai cara telah aku cuba untuk mencari dirimu, namun tetap gagal... hanya doa yang ku panjatkan kepada Ilahi untuk berpeluang bertemu dengan mu sahabat sejati.... aku rindu akan dirimu semenjak pertemuan yang terakhir di kelas fardu ain.... seronok bersahabat dengan mu, akan tetapi masa mencemburui perhubungan kami, kami terpisah kerana masing2 mengejar cita2 sebagai pelajar Universiti.... aku berdoa agar sahabatku ini sentiasa berada di bawah lembayung Rahmat Ilahi.... aku sentiasa menunggu akan diri mu sahabat.... walaupun perkenalan sewaktu kanak2 akan tetapi diri mu tetap diingati selalu.... duhai sahabat... diri ini sangat merindui dirimu....." NurAisyah Izzati Che Azam"

*harap sangat dapat jumpa balik....

Wednesday

Perginya Tak akan Kembali

Hari isnin merupakan hari yang paling bosan buat aku sebab kuliah pada hari tu bermula jam 6.20 petang, Allah, lama sangat nak tunggu petang tu. Jadi aku mengambil peluang untuk mengulang kaji di library UiTM PTAR 1 level 4, jam pada ketika itu baru 9.00 pagi. Hati aku pada ketika itu rasa sebak tiba-tiba, rasa kosong, ntah kenapa?

Allah, kenapa rasa macam ni? (bisik hati sendirian)
Lantas aku terus capaikan fon dan mendail nombor +6019 953 9+++ nama tertera di telefon “My Mum”

Aku : Assalamualaikum mi…
Ummi : waalaikumussalam.. ha, ni nape ni?
Aku : xde pape mi, saje je.. rindu (mata berkaca)
Ummi : hurm, yer lah (aku yakin, kompem ummi pun rindu jugak)
Aku : mi…, erm…
Ummi : nape ni??
Aku : rasa kosong la mi, macam tak dop smangat nak blajo je…
Ummi : dah nape jadi g tu?
Aku : ntah la mi, hati rasa dop sedap je, macam nok menangis je ari ni… ummi doakan fatin neh?
Ummi : hish! Macam2 la dia ni.. ok insyAllah, ummi doakan, oklah, banyak kerja ni. Nanti call smula…
Aku : ok,la assalamualaikum
Ummi : waalaikumussalam…

Allah, hati hari ini betul-betul tak sedap. Macam-macam rasa, mungkin Allah nak sampaikan sesuatu melalui perasaan ini. Allah…..
Selesai ulang kaji, aku terus ke kuliah… belajar seperti biasa…
Waktu itu aku dalam masih kuliah, mendengar segala bait-bait leteran pensyarahku mengenai tugasan yang tidak dilunaskan dengan sempurna. Tiba-tiba aku mendapat panggilan, melihat terteranya number telefon rumah 09 858 33++ aku terus bergegas keluar kelas untuk menjawab panggilan berkenaan…

Aku : assalamualaikum ye nina?
Kakak : waalaikumussalam, nok bagi tau ni… (sambil menahan sebak)
Aku : nape? Eh nape macam nok nangis je?
Kakak : atin…Wan tak dop da ni…
Aku : wan??! Eh jangan main2..
Kakak : betul la ni… 6.30 tadi wan ninggal… nanti tunggu papa call ok
Aku : innalillahi wa inna ilaihi rajiun (butiran mutiara terus gugur)
Aku mendapat panggilan yang tidak disangka-sangka oleh kakakku di kampong. Allah, bergetar rasa hati bila kakak memberitahu yang nenekku telah pergi mengadap Allah.
Aku masih di luar kelas, terduduk kaku, seribu macam rasa, perginya begitu pantas tanpa sebarang tanda… tiba-tiba ayahnda call
Aku : assalamualaikum ye pa…?
Ayahnda : waalaikumussalam, fatin, wan tak dop dah ni… kena balik sekarang la, nok kebumi esok pagi, sebab nok tunggu sedara yang lain dulu.. (papa bebrbicara dalam nada sebak)
Aku : ok pa…
Ayahnda : bagi tau abang shahir skali ok..
Aku : ok pa, insyALLAH

Aku segera menyembunyikan titisan mutiara dan terus masuk ke kelas untuk mendapat kebenaran pulang awal memandangkan class petang itu akan habis jam 9 malam.

Tepat jam 8.45 malam, abang aku datang dan kami bergegas pulang. Perjalanan kali ini sangat lama iaitu 7 jam kebiasaannya hanya 4 atau 5 jam sahaja. Mungkin akibat kerap kali berhenti sebab masing-masing penat. Dalam perjalanan hanya tangisan dan doa yang mampu mengiringi begitu juga dengan abangku. Dalam perjalanan pulang, kami hanya diam membisu, hanya suara radio sahaja yang kedengaran. Allah, sebak rasa hati ini…

Setibanya kami di rumah jam 3 pagi, perkarangan rumah penuh dengan kereta saudara mara. Aku gagahkan diri melangkah masuk dan melihat sebatang tubuh yang terbujur kaku di ruang keluarga sambil ditemani ayat-ayat suci yang dialunkan oleh adik beradik dan sepupu yang lain. Aku tidak melepaskan peluang untuk turut serta bersama mereka walaupun badan masih penat dek bekasan sisa perjalanan tadi.

Abang Ipar bersama AyahndaKu membersihkan tempat mandian
Aku setia menemani wan sehingga ke pagi…
Aku mengambil peluang untuk memandikan jenazah wan. Aku memandang tubuh itu, terbujur kaku.. Allah, macam mana pengakhiran aku kelak? Adakah baik? Atau sebaliknya?

Aku mengambil kapur barus dan lumurkan pada kaki wan yang terasa sejuk… Allah Maha Hebat, badan wan sangat lembut, langsung tak keras… kulitnya mulus putih, Cuma ada sedikit kesan hitam lebam di belakang lengan bahu akibat darah tinggi mungkin? Sepanjang aku memandikan jenazah, hatiku tidak henti membaca alfatihah dan mendoakan akan keadaaan wan. Mak cik yang mengetuai sesi memandikan jenazah juga memuji akan jenazah wan. Jenazah wan sangat mudah diurus, kata mak cik tu, kalau jenazah yang tak ada masalah penyakit, biasanya dalam 2jam 30 minit juga untuk diselesaikan, tapi kali ini hanya mengambil masa hanya 1 jam 30 minit je. Allahhu Akbar, terima kasih ya Allah kerana memakbulkan doa kami sekeluarga.

Mak Cik yang menguruskan Jenazah Wan

Jenazah wan diuruskan dengan sangat teratur dan teliti perancangannya. Sehinggalah kepada proses solat jenazah.

Anak-Anak Tahfiz dan rakan kenalan Wan sedang menunaikan solat Jenazah
Allah, begitu ramai yang datang untuk sembahyangkan jenazah wan, terasa sebak. Pemergian Wan ditangisi oleh ramai pihak, Kagum dengan Wan.

Saat keranda Wan diusung untuk ke Kubur
Bagaimana aku nanti? Adakah pemergian aku ditangisi atau di syukuri? Allah Ya Rahman, gerunnya! Jangan terlalu takut bila kiamat makin hampir, kerana yang pasti, walau hidup atau mati, hari kiamat tetap jua tiba. Akan tetapi yang kita perlu rasa takut adalah pabila saat kematian makin menghampiri, pada ketika itu segala macam perkara yang dilakukan akan terhenti melainkan 3 perkara iaitu, ILMU yang bermanfaat, SEDEKAH jariah dan DOA ANAK yang SOLEH. 

Tuesday

Jangan Kerana Mulut, Hati Orang merana!

A : Nak nikah x ?

B : Insyaallah nak lah, Kan sunnah Rasulullah

A : Dah ada calon?

B : Alhmdulillah dah, kan dah ditulis oleh ALLAH

A : Siapa dia?

B : Insyaallah dia adalah lelaki pilihan ALLAH

A : Kenapa nak nikah dgn dia ?

B : Insyaallah memilih dia kerana ALLAH

A : Bagaimana nanti nak jumpa ?

B : Yakin je, ALLAH punya cara yg tak pernah kita duga, Percaya je dgn ALLAH

A : Laa, bila nak nikahnya ?

B : Hmm, ALLAH maha tahu bila waktu yg tepat dan terbaik

A : Jadi kat mana jumpanya ?

B : Tenang, masih di bumi ALLAH, kalau tak di dunia, Insyaallah di syurga ALLAH

A : Jadi ?

B : Serahkn pada ALLAH, niatkan untuk gapai redha nya je, insyaallah beres ~

# SOALAN FEVERET TIAP KALI HADIR KENDURI KAWIN. BILA NOK KAWIN? HELLO ASSALAMUALAIKUM, SAYA BARU 23 OKAY -.-"

tapi kena hati2 juga, kadang soalan yang macam ni lah boleh buat orang terasa, 

~Oh! Villa Jannah!~

Allah, lama betul tangan tak menari-nari atas key board ni, rasa kekok pun ada. Tahun 2013 merupakan tahun yang paling bermakna buat diri ini. Sekian lama mencari ketenangan untuk memiliki sahabat yang soleh dan solehah, akhirnya Allah makbulkan jua.. Terima kasih Allah atas segala nikmat ini. Selesai semester 3 aku mengambil peluang untuk menghabiskan masa bulan puasa bersama keluarga tercinta. Seronok bila masing-masing berkumpul bersama, wan, ummi, papa, abang-abang, kakak dan adik-adik semua berkumpul.

Tidak lama lagi semester 4 akan kembali, jadi aku kena lebih bersedia dari segi mental dan fizikal lebih-lebih lagi kini aku bergiat aktif dalam Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH). Aku mesti rancangkan dengan lebih teratur jadual harian dari segi kerja luar, tugasan kuliah dan tugasan sebagai pendakwah islam. 8 September  2013 semakin hamper, Allah! rasa berat hati ini untuk terbang ke Shah Alam. Aku mendapat pelawaan oleh sahabat-sahabat solehah untuk berpindah ke rumah baru mereka yang diberi nama “Villa Jannah”. Rasa tertarik dengan nama tu, jadi aku berbincang dengan ummi papa tentang hajat sahabat-sahabat. Dan Alhamdulillah ummi dan papa setuju!
Bermulalah hidupku di rumah yang penuh barakah ini… sewa sebulan sangat murah! Include makan minum dan unifi lagi. Fuh!

Apa yang menarik mengenai Villa Jannah ni ialah, penghuninya yang sangat baik walaupun jumlah penghuninya 15 orang, tapi aku tidak merasa sesaknya. Sangat manis berada dalam rumah ni bilamana waktu solat, masing-masing ingatkan satu sama lain. Kami solat jemaah sama-sama. Allah, terasa manis sangat bila berukhwah kerana ALLAH! Di rumah ini aku banyak belajar, terlalu banyak. Aku belajar memasak, belajar mengulangkaji sama-sama, berlajar bersabar, belajar menghargai dan yang paling omenyentuh hati belajar untuk menjadi imam ketika solat, Allah rasa diri ini tak layak sangat untuk berada di depan (T_T). Pesan Kak Fizah selaku ketua rumah, bila kita bersama dengan orang-orang yang soleh dan solehah, malaikat juga turut bersama kita. Seronok sangat bersama mereka!

Di Villa Jannah ni kami diberikan jadual harian siapa yang akan masak, basuh baju, kemas rumah dan sebagainya. Rasa diri ini sangat berdisiplin, pertama kali aku masak dalam jumlah yang agak banyak sebab ahli rumah 15 orang. Fuh!!! Seram sejuk rasanya, takut sangat bila masakan yang kita masak tak sedap. Tapi, Alhamdulillah sahabat-sahabat semua makan dengan seleranya (hati berbunga-bunga).

*Sahabat! pimpinlah tanganku bersama menuju syurga ILAHI!

Thursday

tak kenal maka tak tau

Assalamualaikum, dah lama tak update blog, almaklumlah cuti semester. Lagipun di kampun line internet memang tak ada, jadi agak susahla untuk update info. Banyak perkara yang nak aku kongsikan di sini sepanjang cuti semester. Aku rasa sangat bahagia bila cuti kali ini, oleh kerana cuti semester berlaku dalam bulan ramadhan, eh, betul ke ayat aku ni?? Ok, ayat yang paling senang boleh berpuasa bersama family tersayang. Tahun ini jumlah ahli keluarga aku memang tak cukup, oleh kerana adik beradik yang dah berkahwin beraya di rumah mertua masing-masing. Jadi, tahun ini hanya tinggal yang masih bujang la. Cewah… yang bujang tu include penulis blog ni… (tangan di bahu mata ke atas)


Bagi aku, bulan ramadhan adalah bulan yang paling bahagia untuk semua keluarga. Mana tak nya, hanya bulan puasa ni lah ahli keluarga akan berkumpul untuk makan sama-sama, masak sama-sama dan solat tawarikh eh silap, tarawikh sama-sama… dah terikut upin ipin la pulak. Ok, back to the story, yup, hanya bulan puasa saja semua ahli keluarga akan berkumpul. Dan masa bulan puasa juga la kawan-kawan lama masa sekolah akan berkumpul balik buat reunion. Kalau bulan lain mungkin susah sikit.

Agak betul kata orang dulu-dulu, bulan ramadhan adalah bulan mengeratkan silaturrahim antara muslim. Aku juga berkesempatan untuk berkumpul bersama teman-teman sekolah sewaktu di sekolah Teknik dulu. Rasanya dah 6 tahun kami tak berjumpa, dan bila berjumpa je, macam-macam cerita yang dikongsikan. Sekejap je masa berlalu, masing-masing dah ada kehidupan sendiri, majoriti boleh dikatakan semua dah kawin dan akan berkawin, ada yang bakal engineer, bakal technician, bakal contractor dan yang paling best adalah bakal ayah dan bakal ibu. Seronok bila dengar teman-teman sekolah Berjaya. Walaupun aku lari dari bidang electrical dan berpindah pada bidang penyiaran, tapi impian untuk Berjaya tetap juga ada, Cuma waktu je kita tak tau bila.

Teman Sekelas Teknik Kemaman 06/07
Kita tak boleh menduga perancangan ALLAH. Kita boleh merancang, tapi perancangan ALLAH tetap juga terbaik, walaupun kita dah jangka kita akan menjadi seorang jurutera elektrik skali pun, tapi Allah juga yang Maha Mengetahui tentang apa yang kita tidak ketahui.

Saturday

Family Day JKR

Alhamdulillah, bersyukur kepada ALLAH kerana masih diberikan peluang untuk jari-jemariku menari-nari di atas papan kekunci ini. Alhamdulillah aku berkesempatan juga untuk menghadiri majlis hari keluarga Jabatan Kerja Raya Kemaman. Walaupun pada pagi itu aku baru sahaja tiba dari shah alam, tetapi oleh kerana semangat kekeluargaan aku tetap gagahkan diri. Fuh! Ayat… hehehe


Sukaneka hari keluarga JKR berlangsung di Santuary Resort Cherating Pahang. Wah! Bukan main jauh lagi sampai ke Negeri Pahang, untuk pengetahuan, Resort ini hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja untuk sampai dari kediaman kami. Oleh kerana daerah Kemaman merupakan sempadan Negeri Pahang, jadi untuk ke Kuantan hanya 45 minit sahaja dari rumah.

Acara pagi kejadian iaitu Belon Berirama
Waktu pagi hari kejadian mood aku yang ceria tiba-tiba bertukar apabila adik perempuan aku dengan tidak sengaja menjatuhkan barangan kesayangan aku iaitu (KAMERA hadiah dari PAPA). Adik perempuan aku ini seorang yang sangat gopoh, dalam bahasa lain kelam kabut. Setiap perkara yang dia buat, pasti akan berlaku tragedi yang akan membuatkan orang marah.

Nak di jadikan cerita, aku letakkan kamera kesayanganku di dalam handbag adikku (hanis), oleh kerana handbagnya besar, jadi aku balut kamera aku bersama towel tebal. Sebelum keluar rumah, aku dah ingatkan pada Hanis yang aku tumpangkan kamera aku dalam handbagnya, dia pun menganggukkan tanda faham. Selang beberapa minit, hanis letakkan hanbagnya di atas pagar beranda luar umah dan terus berlari-lari anak untuk mengunci pintu rumah, tanpa dia sedar  yang tali handbagnya tersangkut di pergelangan tangannya dan…. Gedebuk!!! Handbag berkenaan jatuh… berderau darahku, Allahuakbar, kamera aku! Jerit ku… dengan selamba hanis menoleh kebelakang dan cakap
 “eh, ada kamera ke kat dalam?”.

Muka aku bertukar menjadi hijau mcm “HULK” macam dalam cerita Incredible Hulk, ok ianya hanya fantasi. Perasaan marah ketika itu sangat membuak-buak. Tapi aku pendamkan sahaja, dan hanis memang mengetahui yang aku sedang marah.

Selepas selesai mengunci pintu utama dan Gate rumah, kami meneruskan perjalanan ke Santuary Resort, hati aku dah berkecamuk sedikit. Aku terus menekan button ‘On’pada kamera, adjust sedikit bahagian lens, Oh My! Lens ku dah problem. Aku diamkan lagi, adjust lagi bahagian knob button dan seangkatannya, ok yang lain masih berfungsi dengan baik. Terima kasih Ya ALLAH! Hanya lens sahaja yang bermasalah. Dalam waktu perjalanan, ummi masih lagi membebel. Membebel akan sikap hanis yang sering kali cuai dan tergopoh gapah. Hanis menarik muka masam mencuka.

Hurm… itulah sikap adik perempuan bongsu aku ni, memang tak boleh di tegur, bila tegur je tarik muncung empat belas… ish…ish…ish budak zaman sekarang…

Candit picture
Papaku dan Cucunya Ameer Fauzan Al Hafiz
senyumannya seceria suasana pagi
memperkenalkan, papa , ehem2, dan mummy
Baris!!! sedia!
Dalam perjalanan, aku banyak mendiamkan diri, mendengar sahaja bebelan ummi tanpa menyampuk sedikit pun. Setibanya kami di resort, ummi terus ke meja pendaftaran untuk mendaftarkan ketibaan kami. Aku masih lagi mendiamkan diri, tidak bercakap dengan hanis walau sepatah pun. Masing-masing mempunyai ego yang tinggi, menunggu siapakah yang akan menghulurkan tangan meminta maaf. Beberapa minit berlalu dan masing-masing masih mendiamkan diri dalam kereta di tempat duduk belakang. Ok, 5 minit berlalu, aku dah tak tahan dengan perasaan ini, dan aku menghulurkan tangan dan meminta maaf pada Hanis atas sikap aku sebentar tadi, sambil memeluk dan mencium pipinya.

  

‘ok, Hanis, kak Fatin mintak maaf sal tadi, sebab geram sangat ngan sikap kamu tu’

Hanis membalas balik senyuman dan ucapan maafnya itu.

“ok, orang pun minta maaf banyak-banyak jugak”

Air di cincang tidak akan putus, peribahasa ini amat sesuai digunakan dalam peristiwa kali ini.

Hehehe, agak lucu la jugak perangai masing-masing, tapi sebelum ini, setiap kali pergaduhan kecil  yang berlaku, akulah yang sering menghulurkan tangan dahulu minta maaf pada yang lain. Walaupun luaran aku keras, tapi dalam hati tetap lembut juga.

Selepas bermaaf-maafan ala-ala pagi raya, kami terus keluar dari perut kereta dengan senyuman dan terus ke tepi pantai bersama-sama untuk sarapan pagi. Cuaca pada pagi itu sangat indah! SubhanALLAH!


Memang sangat-sangat indah. Sarapan pagi itu adalah mee goreng mamak yang super duper best! Alhamdulillah rezeki dari ALLAH.


Setelah selesai menikmati juadah pada pagi itu, kami terus melakukan aktiviti yang seterusnya iaitu senamrobik beramai-ramai.

Senamrobik beramai-rami
Pada hari itu, banyak aktiviti sukaneka yang aku sertai, tapi hanya dua acara yang aku menangi antaranya ialah bowling pantai, dan golek gelung. Keseronokkan pada hari itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Setelah selesai semua acara, kami terus mengisi perut dengan makanan tengahari yang sangat lazat.
Alhamdulillah, terima kasih Ya ALLAH, kerana memberikan kami peluang untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami.

Tuesday

Idola Rahsiaku

Assalamualaikum..

Dah lama rasanya tak menulis di sini, rindu untuk menulis makin menjadi-jadi. Kekangan masa membataskan tangan saya untuk menari-nari atas papan kekunci ini. Mohon maaf semua ya.

Banyak peristiwa yang nak dikongsikan dengan pembaca semua. Serius, banyak sangat sangat sangat. Ok,ok, kita fokus pada cerita ni dulu ye. Saya nak ceritakan tentang seseorang yang sangat saya minat boleh kata secret admire la, hamba allah ni sangat hebat. Walaupun usianya masih muda, tapi pemikiran dan kata-kata beliau sangat matang. Hamba allah ni nama dia nor adibah binti rozain saya mula mengenali beliau sewaktu beliau terlibat dengan daie millenia anjuran  tv3 baru-baru ini. Semenjak beliau mula terpilih rancangan berkenaan, saya mula tertarik dengan beliau. Serius, sangat tertarik, bukan tertarik disebabkan kecantikan ataupun keseksian ataupun sebagainya, tapi saya sangat tertarik dengan kata-kata dan hujah yang beliau sampaikan. Penuh isi dan sangat berhemah. setiap kali ada diari Daie millennia, saya tidak akan ketinggalan untuk mengikutinya. Beliau sangat menjaga adab dan batas bersama dengan peserta yang lain. Walaupun ada aktiviti yang memerlukan beliau masuk air, beliau akan memastikan auratnya tertutup rapi. Ya Allah, bagusnya. 




penampilan beliau sangat sopan dan menepati syariat


Setiap poster, gambar dan kata-kata daie adibah ini saya akan print screen dan simpan buat simpanan dalam laptop dan handphone. serius, saya sangat minat pada daie adibah. walaupun dah keluar masuk TV, tapi penampilan dia langsung tidak berubah, tetap bertudung labuh dan sederhana dalam berpenampilan. beliau adalah icon dalam hidup saya sekarang. bahaya jugak minat sehinggakan setiap kali on laptop, mesti cari gambar atau video adibah yang terkini, dan download lagi untuk ulang2 dengar dikemudian hari. fuh!!! memang minat tu sangat luar biasa, setiap bait kata-kata daie adibah ini saya akan tulis dalam diari dan sematkan dalam hati serta amalkan. Allah, hebatnya aura gadis ni sehinggakan saya jatuh hati untuk terus mendalami islam. kata daie Adibah, kalau nak orang hormat pada kita, pastikan kita hormat ibu bapa kita. kalau kita nak Allah makbulkan doakan kita, pastikan kita solat diawal waktu dan sentiasa solat berjemaah. pergh! terkesan kut kata-kata tu.

Auratnya tertutup rapi oh muslimah


Ada satu hari tu, waktu final episode daie millennia, saya tak henti-henti undi nak bagi beliau menang. Alamak, kantoi kat situ....sebab saya rasa, gadis ni mampu memberikan satu pembaharuan kepada dunia media. ye lah, media hari ini penuh dengan program yang merosakkan jiwa anak muda, dan program seperti ini memang patut disiarkan untuk anak muda. aduhai, tak tahula kenapa perasaan nak bagi beliau menang tu membuak-buak, dan akhirnya Allah pilih daie Adibah untuk menang. beliau sangat humble, dan bersahaja. setiap hujah yang disampaikan membuatkan setiap penonton terkesima dan terpukau. Walaupun beliau bukan mengambil jurusan agama, tetapi beliau mampu buktikan dengan persaingan yang hebat.


Hadiah RM50 ribu dan pakej pergi umrah. Wah, seronoknya! insyAllah, satu hari nanti pasti saya akan berjumpa dengan beliau. InsyAllah, mudah-mudahan Allah makbulkan doa saya ini.

Kerinduan terubat bersama yang Tercinta!

Assalamualaikum semua, Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk aku terus menulis di laman kesayangan ini. Walaupun segalanya yang aku tulis hanyalah tentang diri aku… hehehe ianya sekadar perkongsian untuk aku buat pembaca semua.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi, kerana bebanan sakit yang aku alami kian pulih tatkala bonda dan ayahnda  tercinta datang ke Shah Alam. Dari hari pertama ummi dan papa datang hanya senyuman dan senyuman dan senyuman yang aku berikan. Sungguh bahagia rasa hati. Kebiasaan apabila ummi dan papa datang, mereka akan arahkan kami anak-anak untuk membawa mereka ke tempat-tempat yang menarik. Tempat pertama yang mereka arahkan adalah restoran. Walaupun ummi dan papa serta adik-adik yang datang Shah Alam, tapi merekalah yang mencadangkan untuk makan malam di luar. Oleh kerana esok 8 Disember 2012 merupakan hari ulang tahun kelahiran abang ipar aku, jadi kakak aku mencadangkan supaya malam ini kita makan dirumah.

Untuk meraikan kedatangan ummi, papa serta adik beradik yang lain, aku menghidangkan menu masakan campak-campak iaitu bihun hentam saja namanya. Manakala abang cik aku pula telah membeli beberapa kotak Domino’s Pizza. Kami buat kejutan ala-ala terkejut dengan membeli kek segera di giant sebelah rumah kakak aku ini. Walaupun persiapan yang dibuat sangat sederhana dan tangkap muat, tapi ianya berjalan dengan lancar. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan kebahagiaan padaku walaupun ianya hanyalah pinjaman semata-mata.


*Oleh kerana line internet di kampong agak perlahan, jadi gambar-gambarnya akan menyusul kemudian