Sesungguhnya senyum itu adalah sedekah (^_^)v

Friday

Alhamdulillah Terima Kasih Ya Allah


indahnya ukhwah jika ianya kerana Allah
Syukur Alhamdulillah aku panjatkan kepada Mu Ya Allah kerana dengan izin Mu aku masih lagi mampu melihat dunia ini meskipun aku masih leka dengan kemewahan dunia. Aku bersyukur pada Mu kerana masih diberi peluang untuk berhijrah dengan lebih jauh.

Alhamdulillah, aku bersyukur yang tidak terhingga kepada Mu Ya Allah kerana memberikan aku peluang untuk memiliki sebuah keluarga dan persahabatan yang sangat bermakna buat diri aku. Aku berkesempatan untuk mengikuti Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) anjuran Persatuan Mahasiswa Hadhari UiTM (PMH). Kursus ini di adakan di UiTM Kampus Dungun, dan ianya berlangsung selama 3 hari 2 malam. Aku sangat bersemangat untuk mengikuti kursus berkenaan kerana aku merasakan bahawa inilah masaku untuk aku mencari dan menambahkan ilmu agama. Pada mulanya aku ingin menolak jemputan berkenaan, akan tetapi Allah maha mengetahui akan semuanya yang berlaku. 3 hari sebelum berangkat ke UiTM Dungun, aku telah siap mengemas beg untuk berangkat ke sana, rakan serumah aku hairan melihat gelagatku. Kebiasaannya kalau hendak ke sesuatu tempat aku akan mengemaskan barang keperluan 5 jam sebelum berangkat. Tapi kali ini sangat berbeza, aku jadi semakin bersemangat dan rasa tidak sabar untuk mengikuti kursus berkenaan. Sehelai demi sehelai pakaian yang dilipat dan masukkan ke dalam beg. Aku terpandang pada sehelai tudung yang berwarna cream, tudung labuh bulat yang thampir 7 bulan aku beli tapi masih belum berpeluang untuk aku memakainya. Aku mengambil tudung berkenaan tanpa berfikir panjang dan terus memasukkannya ke dalam beg.

Sewaktu hari kejadian, aku meminta housemate ku selaku kakak angkatku menghantarkan aku ke Kolej Teratai. Setibanya aku di Kolej Teratai, aku melihat ramai muslimah yang cantik dan ayu perwatakkannya. Perasaan aku pada ketika itu bercampur baur, ada sedih dan ada jugak gembiranya. Sedih kerana aku belum mampu untuk menjadi seperti mereka, dan gembira kerana Allah telah mengaturkan langkah aku untuk terus berhijrah.

Dalam perjalanan, aku tidak henti-henti memanjatkan rasa syukur kepadaNya kerana memberikan aku peluang untuk terus melakukan amal kebaikan. Aku memerhati gelagat setiap muslimah yang ada di dalam bas pada ketika itu, ada yang mengisi waktu mereka dengan membaca al-quran, ada yang tekun menelaah buku agama dan ada juga yang sedang berdiskusi. Setiap pergerakan mereka aku perhatikan dengan niat aku ingin menjadi seperti mereka yang tidak lekang mengisi masa mereka dengan melakukan perkara yang Allah suka. Ya Allah, kuatkanlah iman ku untuk aku terus berada di jalan Mu, dan lindungilah aku.

Uitm Kampus Dungun
Terkesima seketika tatkala setinanya aku di UiTM Kampus Dungun. Suasananya sangat nyaman seolah-olah sedang berada di sebuah perkampongan. Pemandangannya yang sangat indah bersulamkan angin pantai yang damai dan mengasyikkan. Sekali pandang bagaikan di resort. Sungguh hebat keindahan ciptaan Allah. Kami di agihkan 4 orang untuk satu bilik. Dan aku telah di pilih oleh sahabat-sahabat yang lain untuk menjadi ketua bilik. Bilik yang kami diami di Kolej Gemia adalah GM 1/303. 3 orang lagi sahabat baru aku kenali iaitu Ain, Irfa dan Sarimah sangat ramah dan murah dengan senyuman. Mereka sangat baik, aku amat kagum dengan mereka.
Irfa, Ain, Sarimah dan Aku
Pabila tiba waktu malam dan setelah selesai majlis perasmian, kami pulang ke bilik untuk berehat. Sebelum berehat, aku menyiapkan pakaian untuk dipakai pada keesokkan harinya. Sehelai demi sehelai pakaian yang aku belek, dan aku terpandang tudung cream berkenaan, terdetik dihati aku, adakah ini saat yang sesuai yang Allah aturkan untuk aku memakainya? Berlinangan air mataku setitis ianya jatuh ke pipi lantas segera aku sembunyikan air mata ini dari kelihatan oleh teman yang lain. Sesungguhnya Allah telah memakbulkan doaku untuk berhijrah. Sungguh indah rancangan Mu Ya Allah. Aku makin bersemangat untuk mengenakan tudung berkenaan untuk hari esok.

Terima Kasih Ya Allah
Aku bersyukur kerana akhirnya aku mampu memakai tudung yang telah sekian lama aku membelinya. Tanggal 17 Julai 2012 adalah merupakan ulang tahun adik bongsuku Irfan yang ke 11 tahun, dan pada hari itu jugalah merupakan hari pertama aku mengenakan tudung labuh (bulat).  Perasaan bahagia yang tidak terhingga tatkala tudung berkenaan singgah di kepalaku. Aku rasakan seolah-olah ada satu sinaran yang terpancar, dan perasaan bahagia serta tenang yang tidak dapat digambarkan. Sujud syukurku padaMu Ya Allah. Sekali lagi air mataku jatuh tatkala teringat akan peristiwa yang lampau. Terima kasih Ya Allah.

Bersambung…..