Sesungguhnya senyum itu adalah sedekah (^_^)v

Wednesday

~Wanita Solehah~


Assalamualaikum dear readers.... apa khabar kalian semua? sihat? mesti sihatkan... alhamdulillah... bagusla kalau sihat.... hehehehe... kalian ada baca entri kat atas nikan? ho lah mesti nak tahu apa yang aku maksudkan.... hari ini aku kena siapkan segala macam kerja untuk trip ke PENANG... hehehehe... seronok pergi naik pejabat canselori... eh betol ke eja macam ni? heheheh...ok la... kita straight to the point... aku pun pergi la ke PAS bukan parti politik ok... tapi PLAZA ALAM SENTRAL... aku dan kawan-kawan yang lain pun berjalanla mencari barangan yang perlu untuk trip tersebut... wah dah macam karangan SPM... kami pun singgah sebentar di kedai cenderamata yang ala-ala kedai kecil... tapi semua barang kat shop tu sangat menarik minat dan perhatian aku... cewah... dah boleh buat novel ni... aku perhatikan keadaan sekeliling sambil hati memikirkan segunung masalah yang menimpa dan bakal menimpa.... hurm... hebat ujian Allah... aku terpandang pada seorang perempuan ni... boleh dikatakan kakak la bagi aku.... berbaju kurung... bertudung labuh serta berpurdah..... aku perhatikan sahaja gerak-geri kakak ni... sambil aku memilih barangan yang aku inginkan... matanya sangat menawan hati aku... tengok dari kulit tangannya sangat putih... kalau ayat yang nak sedap sikit... putih kemerah merahan... aku asyik perhatikan sahaja kakak tu... dalam hati aku... kalau lah aku dapat melihat wajah kakak ni... alangkah bahagianya diri aku... 5 minit selepas itu... kakak tu keluar dari kedai dan duduk di kerusi berhampiran dengan kedai tersebut sambil menanggalkan purdah tersebut untuk meminum sedeguk air... alangkah bahagianya hati aku apabila Allah memakbulkan permintaan aku untuk melihat wajah kakak tersebut... sangat menawan... cantik dan sangat berseri-seri... senyumannya sangat manis.... aku terdiam seketika... dan berfikir... adakan aku layak seperti 'kakak itu' ? adakah aku telah bersedia untuk berpurdah dan bertudung labuh? adakah ilmu agama aku cukup untuk bertudung labuh seperti itu... Ya Allah... kerdilnya hamba Mu ini....sambil aku perhatikan 'kakak' tersebut... aku melihat seorang lelaki berkopiah mendukung seorang bayi menghampiri beliau sambil memegang tangan kakak itu..... alangkah bahagianya hati aku melihat kegembiraan sebuah keluarga dalam keimanan dan keindahan islam..... teringat akan kata-kata seorang ustaz...' wanita yang solehah akan dikurniaankan suami yang soleh dengan kebahagiaan di dunia dan akhirat sekiranya kita menjaga solat... kerana solat adalah tiang agama menuju kebahagian dunia dan akhirat...' 'kesucian wajah seseorang itu adalah dengan berwudhuk serta menjaga solatnya'.... sekiranya solat tidak dijaga... maka goyahla iman seseorang itu...

*peringatan buat diriku dan juga pembaca....