Sesungguhnya senyum itu adalah sedekah (^_^)v

Thursday

Lahirnya Umat Muhammad

Alhamdulillah, kakak sulungku telah selamat melahirkan zuriat yang sangat comel. Pada 5 Ogos 2012, Kakak dan suami telah dikurniakan zuriat lelaki seberat 3.23 kg di Hospital Besar Kemaman Terengganu pada jam  4.17 ptg sejurus azan asar berkumandang, maka lahirlah zuriat yang sangat comel dan putih berseri tanpa sebarang dosa. SubhanAllah, Maha suci Allah yang telah menciptakan makhluk yang sangat indah. Bayi yang comel dan kecil ini diberi nama AMEER FAUZAN bin Ahmad Mustaffa Alkhairy. Maksud namanya yang sangat indah iaitu KETUA PEMERINTAH, KEJAYAAN. Semoga, dengan maksud namanya anakku Fauzan mampu menjadi KETUA PEMERINTAH agama yang hebat di dunia juga akhirat. Bagi aku, nama bayi ini sangat unik kerana ianya mempunyai maksud yang tersendiri. Sebelum ini, keempat-empat anak buahku masih mengekalkan tradisi keluarga kami dengan menggunakan huruf K di hadapan, kerana semua ahli keluargaku yang lelaki mempunyai Khairul di hadapan contoh macam abang long aku, namanya MOHD KHAIRUL MASWAN dan zuriatnya diberi nama NUR KHALISHA NADHIRA serta KHALISH MASYHADI. Manakala abangah aku pula, namanya ialah MOHD KHAIRUL FAHMI dan zuriatnya pula diberi nama KHAERYL IMAN serta KHAERYL AMEEN. Sungguh indah dan bahagia rasa hati bila menatap wajah2 suci mereka ini. Terima Kasih Ya Allah!

Ameer Fauzan Bin Ahmad Mustaffa Alkhairy
Khaeryl Ameen Bin Mohd Khairul Fahmi

Khaeryl Iman Bin Mohd Khairul Fahmi

Nur Khalisha Nadhira Bt Mohd Khairul Maswan

Khalish Masyhadi Bin Mohd Khairul Maswa
~penawar hati duka dan laraku dikala kesunyian~