Sesungguhnya senyum itu adalah sedekah (^_^)v

Saturday

Family Day JKR

Alhamdulillah, bersyukur kepada ALLAH kerana masih diberikan peluang untuk jari-jemariku menari-nari di atas papan kekunci ini. Alhamdulillah aku berkesempatan juga untuk menghadiri majlis hari keluarga Jabatan Kerja Raya Kemaman. Walaupun pada pagi itu aku baru sahaja tiba dari shah alam, tetapi oleh kerana semangat kekeluargaan aku tetap gagahkan diri. Fuh! Ayat… hehehe


Sukaneka hari keluarga JKR berlangsung di Santuary Resort Cherating Pahang. Wah! Bukan main jauh lagi sampai ke Negeri Pahang, untuk pengetahuan, Resort ini hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja untuk sampai dari kediaman kami. Oleh kerana daerah Kemaman merupakan sempadan Negeri Pahang, jadi untuk ke Kuantan hanya 45 minit sahaja dari rumah.

Acara pagi kejadian iaitu Belon Berirama
Waktu pagi hari kejadian mood aku yang ceria tiba-tiba bertukar apabila adik perempuan aku dengan tidak sengaja menjatuhkan barangan kesayangan aku iaitu (KAMERA hadiah dari PAPA). Adik perempuan aku ini seorang yang sangat gopoh, dalam bahasa lain kelam kabut. Setiap perkara yang dia buat, pasti akan berlaku tragedi yang akan membuatkan orang marah.

Nak di jadikan cerita, aku letakkan kamera kesayanganku di dalam handbag adikku (hanis), oleh kerana handbagnya besar, jadi aku balut kamera aku bersama towel tebal. Sebelum keluar rumah, aku dah ingatkan pada Hanis yang aku tumpangkan kamera aku dalam handbagnya, dia pun menganggukkan tanda faham. Selang beberapa minit, hanis letakkan hanbagnya di atas pagar beranda luar umah dan terus berlari-lari anak untuk mengunci pintu rumah, tanpa dia sedar  yang tali handbagnya tersangkut di pergelangan tangannya dan…. Gedebuk!!! Handbag berkenaan jatuh… berderau darahku, Allahuakbar, kamera aku! Jerit ku… dengan selamba hanis menoleh kebelakang dan cakap
 “eh, ada kamera ke kat dalam?”.

Muka aku bertukar menjadi hijau mcm “HULK” macam dalam cerita Incredible Hulk, ok ianya hanya fantasi. Perasaan marah ketika itu sangat membuak-buak. Tapi aku pendamkan sahaja, dan hanis memang mengetahui yang aku sedang marah.

Selepas selesai mengunci pintu utama dan Gate rumah, kami meneruskan perjalanan ke Santuary Resort, hati aku dah berkecamuk sedikit. Aku terus menekan button ‘On’pada kamera, adjust sedikit bahagian lens, Oh My! Lens ku dah problem. Aku diamkan lagi, adjust lagi bahagian knob button dan seangkatannya, ok yang lain masih berfungsi dengan baik. Terima kasih Ya ALLAH! Hanya lens sahaja yang bermasalah. Dalam waktu perjalanan, ummi masih lagi membebel. Membebel akan sikap hanis yang sering kali cuai dan tergopoh gapah. Hanis menarik muka masam mencuka.

Hurm… itulah sikap adik perempuan bongsu aku ni, memang tak boleh di tegur, bila tegur je tarik muncung empat belas… ish…ish…ish budak zaman sekarang…

Candit picture
Papaku dan Cucunya Ameer Fauzan Al Hafiz
senyumannya seceria suasana pagi
memperkenalkan, papa , ehem2, dan mummy
Baris!!! sedia!
Dalam perjalanan, aku banyak mendiamkan diri, mendengar sahaja bebelan ummi tanpa menyampuk sedikit pun. Setibanya kami di resort, ummi terus ke meja pendaftaran untuk mendaftarkan ketibaan kami. Aku masih lagi mendiamkan diri, tidak bercakap dengan hanis walau sepatah pun. Masing-masing mempunyai ego yang tinggi, menunggu siapakah yang akan menghulurkan tangan meminta maaf. Beberapa minit berlalu dan masing-masing masih mendiamkan diri dalam kereta di tempat duduk belakang. Ok, 5 minit berlalu, aku dah tak tahan dengan perasaan ini, dan aku menghulurkan tangan dan meminta maaf pada Hanis atas sikap aku sebentar tadi, sambil memeluk dan mencium pipinya.

  

‘ok, Hanis, kak Fatin mintak maaf sal tadi, sebab geram sangat ngan sikap kamu tu’

Hanis membalas balik senyuman dan ucapan maafnya itu.

“ok, orang pun minta maaf banyak-banyak jugak”

Air di cincang tidak akan putus, peribahasa ini amat sesuai digunakan dalam peristiwa kali ini.

Hehehe, agak lucu la jugak perangai masing-masing, tapi sebelum ini, setiap kali pergaduhan kecil  yang berlaku, akulah yang sering menghulurkan tangan dahulu minta maaf pada yang lain. Walaupun luaran aku keras, tapi dalam hati tetap lembut juga.

Selepas bermaaf-maafan ala-ala pagi raya, kami terus keluar dari perut kereta dengan senyuman dan terus ke tepi pantai bersama-sama untuk sarapan pagi. Cuaca pada pagi itu sangat indah! SubhanALLAH!


Memang sangat-sangat indah. Sarapan pagi itu adalah mee goreng mamak yang super duper best! Alhamdulillah rezeki dari ALLAH.


Setelah selesai menikmati juadah pada pagi itu, kami terus melakukan aktiviti yang seterusnya iaitu senamrobik beramai-ramai.

Senamrobik beramai-rami
Pada hari itu, banyak aktiviti sukaneka yang aku sertai, tapi hanya dua acara yang aku menangi antaranya ialah bowling pantai, dan golek gelung. Keseronokkan pada hari itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Setelah selesai semua acara, kami terus mengisi perut dengan makanan tengahari yang sangat lazat.
Alhamdulillah, terima kasih Ya ALLAH, kerana memberikan kami peluang untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami.