Sesungguhnya senyum itu adalah sedekah (^_^)v

Sunday

Maher Zain Life In Concert

Assalamualaikum dear readers.... mohon maaf sebab aku dah lama tak update blog ni... seriusly aku sangat la busy dengan pelbagai assignment dan sekarang aku dah start new part time job... huhuhu... memang banyak benda yang aku nak kongsikan dengan kalian semua... tapi step by step ya...

firstly, baru-baru ini aku berkesempatan untuk menjadi salah seorang crew MZ tapi bukan under Maher Zain Fan Club, tapi under Inteam Records. Walaupun show tersebut berlangsung selama 2 hari tapi badan aku terasa amat penat... almaklumlah aku ni sangat suke berdiri sehinggakan terlupa yang aku masih dalam proses penyembuhan... ok3... kita lupakan pasal sakit tu... kita move forward ok... nak dijadikan cerita aku dilantik sebagai ketua dibahagian VIP untuk seat yang berharga RM297 and so on la... VIP ni kebanyakannya golongan artis... aku ni kurang gemar sangat kalau jaga bahagian VIP ni... ye la mane taknya... kalau salah sikit je nak saman.... naik fedup aku... huhuhu... masa hari pertamalah hari yang paling memenatkan bagi aku... bukan penat berdiri... tapi penat melayan karenah VIP ni... bila dah kena marah dengan diorang sebab seat yang diorang minta tak sama dengan apa yang berlaku didepan mata.. mane tak hanginnye VIP yang berkenaan... sampaikan aku pun terkena tempias berkenaan... diorang boleh pulak cakap kat aku "u ni macam mana handle majlis besar macam ni sedangkan i tengok u pun macam tak ada class je" huh tahap hangin aku dah naik sedikit... then ada pulak pak cik- pak cik VIP ni herdik aku... dah la time tu aku sorang je yang berani bersuara... "u ni memang tak ade otak ke nak fikir tentang seat yang kami dah tempah untuk my family, u tau tak berapa RM duit yang i habiskan semata-mata nak the best seat" pastu pak cik-pak cik ni speak in BI dengan aku... hambik ko... aku balas balik la dengan BI... terperanjat pak cik-pak cik tu nasib baik la ENCIK IZHAM boss Inteam records dan Pengurus tiket datang redakan keadaan.... diorang puji aku... diorang cakap... kamu ni berani la handle perkara macam ni sorang-sorang... malu i kena puji.... ada pulak mak cik VIP ni menjerit kat aku depan VIP lain sebab tak duduk sama dengan suami dia... boleh pulak main tari-tarik blazer aku yang cantik ni... huh... nasib baik aku ni cepat sabar.... aku masih ingat lagi ayat mak cik VIP ni "hei B***H, u jangan nak berlagak dengan i ok.... u ingat i ni ape??!" we will see u after concert...

aku dah menggelabah dah.... apa pulak mak cik ni nak buat kat aku.... tapi... after concert... tunggu punya tunggu... batang hidung mak cik VIP pun aku tak nampak... eleh... takut la tu.... tapi walaupun banyak perkara yang pahit... tetapi aku tetap berpuas hati kerana ramai sahabat muslimat yang menyokong aku... ukhwah yang terjalin tidak sedikit pun mematahkan semangat aku untuk berjuang dengan islam....

Kak ira comey dan kak Sarah

penat bertugas... kami bersantai sebentar di luar stadium
muslimat KTI sangat sporting

azlin dan kak ira comey

ini sahaja dahulu gambar yang sempat aku upload... penat menunggu... nanti aku upload lagi.... tunggu....