Sesungguhnya senyum itu adalah sedekah (^_^)v

Wednesday

Berjaya Hill

Pemandangan dari atap menara
Assalamualaikum… syukur Alhamdulillah kerana masih di beri peluang untuk meneruskan penulisan yang masih dalam pembelajaran ini. Terima kasih Ya Allah!

Di Hadapan Menara France Village
Kali ini, aku akan berkongsikan cerita bersama pembaca semua tentang aktiviti aku pada minggu ini. Sungguh tidakku sangka ujian yang aku terima pada kali ini sangat manis untuk dikunyah dan sangat pahit untuk ditelan. Pada kali ini, aku mendapat tugasan dari pensyarah untuk membuat rakaman video untuk subject Effective Speaking. Pada mulanya aku berasa seronok kerana akan memulakan pengembaraan bersama teman-teman sekuliah, akan tetapi pabila sampai kepuncak kesedihan mula terasa… nak tahu kenapa? Jom baca lagi di bawah ini.

Grace dan kamera Canon nya

Pemandangan Hotel dari atas menara
Pada tugasan kali ini kami dipecahkan kepada 5 kumpulan, dan dalam satu kumpulan akan dianggota seramai 6 orang ahli. Setiap kumpulan juga telah diagihkan tempat untuk membuat sesi pengambaran. Bagi kumpulan aku, kami telah memilih untuk mengadakan sesi pengambaran dokumentasi di Berjaya Hill Bukit Tinggi Pahang. Kami berbincang untuk mengadakan gerak kerja secepat mungkin. Oleh kerana pada hari Rabu kami tiada kuliah dan telah memilih hari berkenaan untuk ke puncak.

Sarapan di Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang Seksyen 7
Seawal jam 7.30 pagi kami sarapan terlebih dahulu di Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang sebelum bertolak ke Bukit Tinggi. Setelah selesai sarapan, kami berkonvoi dua buah kereta. Pemandu untuk kereta pertama adalah Shah, manakala Pemandu untuk kereta kedua adalah aku. Antara rakan kuliah yang turut ikut serta dalam sesi kali ini ialah Grace, Teeya, Jannah, Yana dan Shah.

Bismillah.. Sebelum bertolak
Oleh kerana Kami menggunakan Highway NKVE, jalan pada ketika itu agak sesak dan masa kami untuk sampai ke puncak agak lewat. Kami berasa tenang setelah kereta kami selesai menerobos Tol Gombak, kerana keadaan pada ketika itu sangat lengang. Untuk masuk ke kawasan BerJaya Hill, kami telah dikenakan bayaran masuk sebanyak RM12 seorang. Kami meneruskan perjalan dengan memarkirkan kereta di Colma Tropicale park.

Pemandangan dari atas parkir kereta
Pemandangan dari atas parkir kereta sangat cantik dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan ciptaan Allah. Cicipan Kicauan burung yang membuatkan hatiku berasa tenang, dan lupakan seketika akan segala tugasan yang diberikan. Sungguh Allah Maha Kuasa menciptakan alam yang seindah ini. SubhanAllah! Allahuakbar!

Jalan kaki menuju ke France Village
Kami meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki menuju ke France Village. Di sini, kami sekali lagi berkumpul untuk mengagih-agihkan skrip masing-masing. Aku mendapat skrip yang pertama dan ayatnya agak simple bagi sesetengah orang dan bagi aku agak sukar untuk dihafal kerana ada penyakit gugup. Skripnya berbunyi “For one hour Journey far away from the heart of Kuala Lumpur, you can find your self in 16th century France Village”, simple je kan?

Setting kamera sebelum sesi pengambaran bermula

sesi pengambaran dokumentari bermula
Huuh! Nak boleh siap sempurna satu scene sampaikan 10 kali cut! Sungguh, cubaan kali ini agak sukar, mungkin sebab penggunaan bahasa inggeris yang merumitkan keadaan.

Scene seterusnya diambil alih oleh Shah. Shah sangat hebat dan lincah dihadapan kamera, sekali record terus menjadi, tapi terpaksa buat lagi tiga kali oleh kerana pada ketika itu Shah memakai selipar jepun. Rosak Scene! Scene diteruskan dengan giliran masing-masing sehingga siap slot yang diagihkan. Oleh kerana kami terlupa untuk menyerahkan surat akuan melakukan tugasan luar, sesi pengambaran kami terpaksa dihentikan oleh pihak pengurusan. Perasaan kami pada ketika itu sangat hampa dan kami diarahkan untuk beredar dari kawasan berkenaan. Hampa, hampa dan hampa… selepas siap mengemaskan barang, kami bergegas pulang ke Bumi Shah Alam dengan perasaan hampa dan kecewa.

Pemandangan di Japanese Tea House

Moral of the story : sebelum melakukan sesuatu perkara, selidik dan semak terlebih dahulu document yang perlu dibawa dan dokumen yang tidak perlu dibawa. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan!

Sebelum berangkat pulang ke Shah Alam

Belum sempat di edit, dan Alhamdulillah inilah hasilnya


wedding nazri amin


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan segala Rahmat dan rezeki yang telah Allah berikan kepadaku dapat juga aku merialisasikan impian hamba Allah ini untuk merakamkan detik manis perkahwinan mereka. Pada kali ini pengembaraan aku diteruskan sehingga ke Daerah Hulu Langat Selangor. Kalau sebelum ini, aku ke Pantai Timur, dan kali ini aku singgah pula di Kampung Kelumpang Selangor, untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat sekerja aku, juga selaku abang aku iaitu Akhi Nazri Amin. Majlis Akad Nikah yang diadakan pada tanggal 6 Oktober 2012 telah selamat berlangsung dengan penuh keberkatan dan Rahmat Allah. Alhamdulillah syukur Ya Allah. Akhi Nazri Amin telah Diijab Qabulkan dengan pasangannya iaitu Adiela, maaf sangat sebab aku lupa nama penuhnya.

sempat lagi jurugambar ambik. background View sangat cantik! 
Seperti kebiasaan, sesi pengambaran kali ini sangat santai dan bertemakan Islamic photo. Manakala untuk pengambaran outdoor pula pasangan pengantin memilih tema air iaitu di Sungai Kelumpang. Suasana pengambaran kali ini berbeza majlis yang lain, kerana pada kali ini kami membuat keputusan untuk merakamkan sesi outdoor pada sebelah pagi sebelum majlis persandingan bermula.


Sejuk je hati tengok pasangan pengantin ni. Betul-betul mengikut  cara-cara islam. Satu hari nanti aku akan seperti ini, insyAllah!

semangat betul jurugambar tu. Siapa la yang curi-curi tangkap ni

semoga Istana yang dibina sentiasa berada dalam rahmat ilahi serta berkekalan sehingga ke syurga Ilahi




antara krew yang terlibat dalam pembikinan filem ini.





Tugasan di Kolej Professional Mara

Sesi ceramah bermula yang dikendalikan oleh abang Fadzli UNIC selaku ketua motivator
Alhamdullillah bersyukur kepada ilahi kerana masih diberikan peluang untuk bernafas di bumi yang penuh dengan pancaroba ini. Tugasan kali ini sangat santai, ini kerana sebelum ini kebanyakan tugasan yang aku lakukan mesti mengikut flow yang betul, atau dalam erti kata yang menarik adalah mengikut etika yang ditetapkan dalam sesi pengambaran. Akan tetapi, tugasan kali ini adalah berbentuk santai,program kali ini tidak melibatkan pengantin akan tetapi ia melibat para pelajar. Jadi, segala jenis bentuk gambar adalah bebas bak kata omputih ‘Free style’. Tugasan kali ini berjalan selama 2 hari 1 malam, jadi setiap perbuatan atau pergerakan mestilah dirakam samada dari segi tangkapan gambar ataupun rakaman bergerak.

Aku bersyukur kerana berpeluang untuk melibatkan diri dalam program kali ini. Terlalu banyak perkara yang aku sendiri belum ketahui antaranya cara untuk mendidik diri untuk jadi lebih disiplin, doa murah rezeki, cara belajar dengan mudah dan seronok dan sebagainya.

Antara peserta yang menyertai kursus motivasi kali ini di Kolej Professional Mara  Indera Mahkota Kuantan.  Para peserta yang sangat sporting dan kelakar

Mereka merupakan peserta yang sangat suka bergambar bila kamera dihalakan pada mereka

Dipengakhiran kursus, peserta berpeluang untuk bergambar dan beramah mesra bersama  artis  nasyeed merangkap ketua motivator untuk kursus berkenaan.

peserta juga berpeluang bergambar dan sesi autograf. Peserta kali ini sangat sporting!

aku juga berpeluang untuk bergambar bersama peserta dan fasilitator KAK FARAH

Antara crew yang terlibat dari kiri Kak Farah, Abang Najib (PR UNIC), Abang Fadzli  (UNIC) dan Cik Huda

Sebelum bersurai, kami juga sempat merakamkan gambar sebagai koleksi kenang-kenangan kami di sini

antara peserta yang sangat mencuit hati kami

Saturday

Ujian (Alhamdulillah) (^__^)v


Alhamdulillah, sekali lagi aku di duga dengan ujian yang memang aku yakin aku mampu menanggungnya. Nikmat kesihatan aku ditarik dan diberi pinjam pula nikmat kesihatan yang sangat mengasyikkan. Demam sehinggakan hari keempat, masih sama. Aku jadi semakin bimbang kerana berat badan aku menurun secara mendadak. Akan tetapi suhu dalam badan masih dalam keadaan normal, Cuma rasa letih-letih badan mungkin kurang rehat. Teman serumah aku menasihatkan dupaya aku segera ke Pusat Kesihatan untuk mendapatkan rawatan oleh kerana batuk aku semakin menjadi-jadi. Keesokkan hari, aku bersiap diawal pagi untuk segera ke Pusat Kesihatan UiTM yang terletak di sebelah Kolej Mawar UiTM.

Setelah mendaftar sebagai pesakit luar, aku menunggu giliran untuk masuk ke bilik rawatan, keadaan pada ketika itu lengang, mungkin kerana masih awal, jadi pesakit pun tak ramai. Tiba nombor giliran aku, dengan perasaan agak tegang aku mula masuk ke bilik rawatan M9.

Sesi temurahmah bermula.
Doctor : ok, macam mana keadaan?
Aku : saya tak demam. Cuma batuk, selsem dan lenguh-lenguh sendi.
Doctor : awak cakap x demam? Mane awak tau?
Aku : sebab sy bukan doctor. (sambil gelak-gelak)
Doctor : ok, kite check suhu dulu ok.
…………………………………..
Doctor : suhu badan awak 38.6 ‘c. Tinggi jugak ni… ok, awak pergi makmal kat belakang ambik darah…
Aku : ala… ambik darah lagi….. (setiap kali pg Pusat Kesihatan mesti kena ambik darah)

Selepas darahku diambil dan diuji, aku masuk kembali ke bilik rawatan selepas 1jam 30 minit menunggu..
Doctor : hurm… huda platlet darahdalam badan awak menurun kepada 119.
Aku : maksudnya?
Doctor : esok awak kena ambik darah lagi untuk pastikan yang awak bukan demam denggi, saya harap tidaklah sebab keadaan fizikal awak Nampak aktif.
Aku : (gelak) harap-harapla….
Doctor : ok, saya akan bg ubat untuk awak, selsema, multivitamin, ubat batuk, sakit tekak, paracetamol bla…bla….bla….

~Mak aih… banyaknye ubat… mampu ke aku habiskan??~

Moral of the story : Walau Sehebat mana pun ujian itu, kita sebagai hamba Allah mesti yakin dan pasti bahawa kita mampu menempuhnya. Ini kerana Allah tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambanya. 

fenomena matahari dikelilingi pelangi indah

SubhanAllah! cantikkan?

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk melihat dunia yang penuh pancaroba ini…
Ini adalah hasil dari tangkapan aku sendiri. Setelah mendapat info dari saudara Razin Mestica tentang fenomena ini, aku tidak melepaskan peluang untuk merakamkan detik berkenaan. Dan Alhamdulillah, akhirnya aku mendapat hasilnya. Sungguh luar biasa fenomena pelangi mengelilingi matahari. subhanAllah. Sesungguhnya ini semua merupakan kebesaran Allah yang Maha Esa.



Dapat 3 job dalam seminggu


Alhamdulillah, bersyukur pada Allah kerana masih diberi peluang untuk terus berkongsikan cerita di blog warna-warni ini. Semenjak dua menjak ini rezeki datang melimpah ruah sehinggakan aku tidak tahu untuk pilih mana satu yang terbaik, mungkin ini berkat solat sunat Dhuha kut?  Apa-apa pun Alhamdulillah syukur atas nikmat rezeki yang Allah berikan.

Hari Isnin 24 september 2012, aku dapat mesej dari nombor yang tidak dikenali.
Mesejnya berbunyi :

Annonymous : Assalamualaikum… maaf ggu saudari, sy nk tanya… pakej B yang RM1800 tu masih dibuka lg ke?
Aku : Waalaikumussalam… x gnggu pun, ha’ah masih d buka.. kenapa? Berminat?
Annonymous : kalo sy nk pakej B pastu add photobook sebuah brp total? Majlis pd 10.11.2012 (akad nikah), 11.11.2012 (bersanding) dan 17.11.2012 (bertandang) kat area cheras, free x time tu?
Aku : total semua RM1870, ok nt sy check tarikh dulu kalau free… nt sy inform kan balik ya….
Annonymous : ok terima kasih!

Beberapa jam kemudian…..

Aku : saudari, kami free untuk tarikh berkenaan… kalau saudari berminat dgn service kami saudari boleh depositkan…. Bla…bla…bla….
Annonymous : ok…. Bla….bla….bla….
Tiba-tiba aku teruskan tanya soalan yang agak sensitive….
Aku : maaf bertanya, saudari bertudung? Bukan ape…, kalau boleh kami nak jg batas2 dlm sesi pengambaran, kalau boleh saudari bertudung…bla…bla….bla
Annonymous : ok… ha’ah…. Sy bertudung… (^__^) hehehe…terima kasih bla…bla…bla….

Selang beberapa hari aku dapat tawaran untuk menjadi crew dan menghadiri bagi program di UiTM antaranya program iftar, qiamullai perdana, crew fenu dan yang paling best crew zakir naik, serta crew untuk program cerama with Diana amir. Aku hanya dapat hadir untuk program iftar sahaja ini kerana aku terpaksa hadiri jemputan diluar kampus. Pada mulanya aku sangat inginkan untuk menghadiri bual bicara oleh dr zakir naik, tapi apakan daya bukan rezeki aku.

Pada malam 27 september 2012, kesihatan aku masih dalam keadaan tidak stabil, batuk kuat dan selsema, sebelum tidur aku makan ubat batuk dan selsema. Lenanya sehinggalah waktu pagi, aku bangun dari tidur jam  5.20 pagi waktu kebiasaan. Aku terus mencapai fon dan tertera ada 3 mesej, 

Mesej pertama berbunyi

Salam. Tlg sms nama, no ic, no matrik, hp skrg jgk. Azrul pmh.
Lantas, tanpa melihat waktu penghantaran, aku terus membalas mesej berkenaan. Mesej diterima pada jam 1:35 pg.

Mesej kedua pula berbunyi

Assalamualikum huda, weekend bz x? abg najib ada job utk huda, jom! Di KPM indera mahkota…

Lantas, aku membalas mesej berkenaan
Ok… jap… tunggu dulu, sbb sy masih tunggu jawapan dari ketua program utk program weekend ni… klau masih xde jwpn sy stuju je la neh…

Selesai solat subuh, aku masih lagi menunggu jawapan…….
Aku menunggu, menunggu dan terus menunggu jawapan… masih tiada jawapan… jam menunjukkan pukul 7.30 pagi tiba-tiba ada panggilan yang tertera di screen adalah nombor yang aku sangat kenali

Aku : assalamualaikum abg najib… yup?
Abg najib : macam mana huda? Boleh x esok? Semua kos ditanggung, huda Cuma datang buat photo shoot program je… boleh tak?
Aku : erm… mcm ni, sy masih menunggu jawapan, kalau lagi 10 minit abg kol sy balik bleh??
Abg najib : hurm… kalau mcm tu boleh la… tapi harap sangat2 huda free esok… mohon sangat….
Aku : ok… insyAllah
Tepat 10 minit, abg najib pun kol, Nampak sangat kesungguhan untuk aku terima job berkenaan…
Aku : assalamualaikum… hehehee… erm…
Abg najib : mcm mn? Boleh? Boleh?
Aku : ok lah abg najib, sy terima la job tu, so mcm mn tentatif?
Abg najib : ok… mlm ni, huda kena bertolak…bla…bla…bla…..
Aku : ok… baiklah, assalamualaikum

Selepas aku mematikan panggilan tadi, tiba-tiba ada mesej masuk yang berbunyi ala-ala macam ni

Annonymous : Terima kasih sebab respon…
Aku : sy nk tanya, sy dpt jd krew ke? Kalau sy nk tolak boleh x?
Annonymous : oh yeke, klu cmtu ap lg buleh dkata….
Aku : sy minta maaf sgt2, kalau boleh mmg nak sgt join program ni, tp apakan daya, baru 10minit sy terima job lain. Maaf sgt2 dan terima kasih krn mnjemput utk jd crew. insyAllah lain kali jgn serik lg utk ajak. Terima kasih.

Serius aku katakan, aku rasa keputusan yang aku buat sangat terburu-buru. Serba salah menyelubungi diri. Ya Allah, kuatkanlah aku. semoga dengan tugasan yang aku terima ini diredhai oleh Mu ya Allah.

The moral of the story : kita jangan tergesa-gesa membuat keputusan, pilihlah yang terbaik. Jika masih berbelah bagi, serahkan ianya kepada Allah. insyAllah Allah akan memberikan bantuan samada dengan kadar yang segera atau perlahan-lahan. Dan jangan lupa, amalkan solat sunat Dhuha, kerana ianya juga punca rezeki kita menjadi melimpah ruah dan diberberkati.