Alhamdulillah,
bersyukur pada Allah kerana masih diberi peluang untuk terus berkongsikan
cerita di blog warna-warni ini. Semenjak dua menjak ini rezeki datang melimpah
ruah sehinggakan aku tidak tahu untuk pilih mana satu yang terbaik, mungkin ini
berkat solat sunat Dhuha kut? Apa-apa
pun Alhamdulillah syukur atas nikmat rezeki yang Allah berikan.
Hari Isnin 24
september 2012, aku dapat mesej dari nombor yang tidak dikenali.
Mesejnya berbunyi
:
Annonymous :
Assalamualaikum… maaf ggu saudari, sy nk tanya… pakej B yang RM1800 tu masih
dibuka lg ke?
Aku :
Waalaikumussalam… x gnggu pun, ha’ah masih d buka.. kenapa? Berminat?
Annonymous : kalo
sy nk pakej B pastu add photobook sebuah brp total? Majlis pd 10.11.2012 (akad
nikah), 11.11.2012 (bersanding) dan 17.11.2012 (bertandang) kat area cheras,
free x time tu?
Aku : total semua
RM1870, ok nt sy check tarikh dulu kalau free… nt sy inform kan balik ya….
Annonymous : ok
terima kasih!
Beberapa jam kemudian…..
Aku : saudari,
kami free untuk tarikh berkenaan… kalau saudari berminat dgn service kami
saudari boleh depositkan…. Bla…bla…bla….
Annonymous : ok….
Bla….bla….bla….
Tiba-tiba aku
teruskan tanya soalan yang agak sensitive….
Aku : maaf
bertanya, saudari bertudung? Bukan ape…, kalau boleh kami nak jg batas2 dlm
sesi pengambaran, kalau boleh saudari bertudung…bla…bla….bla
Annonymous : ok…
ha’ah…. Sy bertudung… (^__^) hehehe…terima kasih bla…bla…bla….
Selang beberapa
hari aku dapat tawaran untuk menjadi crew dan menghadiri bagi program di UiTM
antaranya program iftar, qiamullai perdana, crew fenu dan yang paling best crew
zakir naik, serta crew untuk program cerama with Diana amir. Aku hanya dapat
hadir untuk program iftar sahaja ini kerana aku terpaksa hadiri jemputan diluar
kampus. Pada mulanya aku sangat inginkan untuk menghadiri bual bicara oleh dr
zakir naik, tapi apakan daya bukan rezeki aku.
Pada malam 27
september 2012, kesihatan aku masih dalam keadaan tidak stabil, batuk kuat dan
selsema, sebelum tidur aku makan ubat batuk dan selsema. Lenanya sehinggalah
waktu pagi, aku bangun dari tidur jam
5.20 pagi waktu kebiasaan. Aku terus mencapai fon dan tertera ada 3
mesej,
Mesej pertama berbunyi
Salam. Tlg sms
nama, no ic, no matrik, hp skrg jgk. Azrul pmh.
Lantas, tanpa
melihat waktu penghantaran, aku terus membalas mesej berkenaan. Mesej diterima
pada jam 1:35 pg.
Mesej kedua pula
berbunyi
Assalamualikum
huda, weekend bz x? abg najib ada job utk huda, jom! Di KPM indera mahkota…
Lantas, aku
membalas mesej berkenaan
Ok… jap… tunggu
dulu, sbb sy masih tunggu jawapan dari ketua program utk program weekend ni…
klau masih xde jwpn sy stuju je la neh…
Selesai solat
subuh, aku masih lagi menunggu jawapan…….
Aku menunggu,
menunggu dan terus menunggu jawapan… masih tiada jawapan… jam menunjukkan pukul
7.30 pagi tiba-tiba ada panggilan yang tertera di screen adalah nombor yang aku
sangat kenali
Aku :
assalamualaikum abg najib… yup?
Abg najib : macam
mana huda? Boleh x esok? Semua kos ditanggung, huda Cuma datang buat photo shoot
program je… boleh tak?
Aku : erm… mcm
ni, sy masih menunggu jawapan, kalau lagi 10 minit abg kol sy balik bleh??
Abg najib : hurm…
kalau mcm tu boleh la… tapi harap sangat2 huda free esok… mohon sangat….
Aku : ok…
insyAllah
Tepat 10 minit,
abg najib pun kol, Nampak sangat kesungguhan untuk aku terima job berkenaan…
Aku :
assalamualaikum… hehehee… erm…
Abg najib : mcm
mn? Boleh? Boleh?
Aku : ok lah abg
najib, sy terima la job tu, so mcm mn tentatif?
Abg najib : ok…
mlm ni, huda kena bertolak…bla…bla…bla…..
Aku : ok…
baiklah, assalamualaikum
Selepas aku
mematikan panggilan tadi, tiba-tiba ada mesej masuk yang berbunyi ala-ala macam
ni
Annonymous :
Terima kasih sebab respon…
Aku : sy nk
tanya, sy dpt jd krew ke? Kalau sy nk tolak boleh x?
Annonymous :
oh yeke, klu cmtu ap lg buleh dkata….
Aku : sy minta
maaf sgt2, kalau boleh mmg nak sgt join program ni, tp apakan daya, baru
10minit sy terima job lain. Maaf sgt2 dan terima kasih krn mnjemput utk jd
crew. insyAllah lain kali jgn serik lg utk ajak. Terima kasih.
Serius aku
katakan, aku rasa keputusan yang aku buat sangat terburu-buru. Serba salah
menyelubungi diri. Ya Allah, kuatkanlah aku. semoga dengan tugasan yang aku
terima ini diredhai oleh Mu ya Allah.
The moral of the
story : kita jangan tergesa-gesa membuat keputusan, pilihlah yang terbaik. Jika
masih berbelah bagi, serahkan ianya kepada Allah. insyAllah Allah akan
memberikan bantuan samada dengan kadar yang segera atau perlahan-lahan. Dan
jangan lupa, amalkan solat sunat Dhuha, kerana ianya juga punca rezeki kita
menjadi melimpah ruah dan diberberkati.