Sesungguhnya senyum itu adalah sedekah (^_^)v

Wednesday

Berjaya Hill

Pemandangan dari atap menara
Assalamualaikum… syukur Alhamdulillah kerana masih di beri peluang untuk meneruskan penulisan yang masih dalam pembelajaran ini. Terima kasih Ya Allah!

Di Hadapan Menara France Village
Kali ini, aku akan berkongsikan cerita bersama pembaca semua tentang aktiviti aku pada minggu ini. Sungguh tidakku sangka ujian yang aku terima pada kali ini sangat manis untuk dikunyah dan sangat pahit untuk ditelan. Pada kali ini, aku mendapat tugasan dari pensyarah untuk membuat rakaman video untuk subject Effective Speaking. Pada mulanya aku berasa seronok kerana akan memulakan pengembaraan bersama teman-teman sekuliah, akan tetapi pabila sampai kepuncak kesedihan mula terasa… nak tahu kenapa? Jom baca lagi di bawah ini.

Grace dan kamera Canon nya

Pemandangan Hotel dari atas menara
Pada tugasan kali ini kami dipecahkan kepada 5 kumpulan, dan dalam satu kumpulan akan dianggota seramai 6 orang ahli. Setiap kumpulan juga telah diagihkan tempat untuk membuat sesi pengambaran. Bagi kumpulan aku, kami telah memilih untuk mengadakan sesi pengambaran dokumentasi di Berjaya Hill Bukit Tinggi Pahang. Kami berbincang untuk mengadakan gerak kerja secepat mungkin. Oleh kerana pada hari Rabu kami tiada kuliah dan telah memilih hari berkenaan untuk ke puncak.

Sarapan di Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang Seksyen 7
Seawal jam 7.30 pagi kami sarapan terlebih dahulu di Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang sebelum bertolak ke Bukit Tinggi. Setelah selesai sarapan, kami berkonvoi dua buah kereta. Pemandu untuk kereta pertama adalah Shah, manakala Pemandu untuk kereta kedua adalah aku. Antara rakan kuliah yang turut ikut serta dalam sesi kali ini ialah Grace, Teeya, Jannah, Yana dan Shah.

Bismillah.. Sebelum bertolak
Oleh kerana Kami menggunakan Highway NKVE, jalan pada ketika itu agak sesak dan masa kami untuk sampai ke puncak agak lewat. Kami berasa tenang setelah kereta kami selesai menerobos Tol Gombak, kerana keadaan pada ketika itu sangat lengang. Untuk masuk ke kawasan BerJaya Hill, kami telah dikenakan bayaran masuk sebanyak RM12 seorang. Kami meneruskan perjalan dengan memarkirkan kereta di Colma Tropicale park.

Pemandangan dari atas parkir kereta
Pemandangan dari atas parkir kereta sangat cantik dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan ciptaan Allah. Cicipan Kicauan burung yang membuatkan hatiku berasa tenang, dan lupakan seketika akan segala tugasan yang diberikan. Sungguh Allah Maha Kuasa menciptakan alam yang seindah ini. SubhanAllah! Allahuakbar!

Jalan kaki menuju ke France Village
Kami meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki menuju ke France Village. Di sini, kami sekali lagi berkumpul untuk mengagih-agihkan skrip masing-masing. Aku mendapat skrip yang pertama dan ayatnya agak simple bagi sesetengah orang dan bagi aku agak sukar untuk dihafal kerana ada penyakit gugup. Skripnya berbunyi “For one hour Journey far away from the heart of Kuala Lumpur, you can find your self in 16th century France Village”, simple je kan?

Setting kamera sebelum sesi pengambaran bermula

sesi pengambaran dokumentari bermula
Huuh! Nak boleh siap sempurna satu scene sampaikan 10 kali cut! Sungguh, cubaan kali ini agak sukar, mungkin sebab penggunaan bahasa inggeris yang merumitkan keadaan.

Scene seterusnya diambil alih oleh Shah. Shah sangat hebat dan lincah dihadapan kamera, sekali record terus menjadi, tapi terpaksa buat lagi tiga kali oleh kerana pada ketika itu Shah memakai selipar jepun. Rosak Scene! Scene diteruskan dengan giliran masing-masing sehingga siap slot yang diagihkan. Oleh kerana kami terlupa untuk menyerahkan surat akuan melakukan tugasan luar, sesi pengambaran kami terpaksa dihentikan oleh pihak pengurusan. Perasaan kami pada ketika itu sangat hampa dan kami diarahkan untuk beredar dari kawasan berkenaan. Hampa, hampa dan hampa… selepas siap mengemaskan barang, kami bergegas pulang ke Bumi Shah Alam dengan perasaan hampa dan kecewa.

Pemandangan di Japanese Tea House

Moral of the story : sebelum melakukan sesuatu perkara, selidik dan semak terlebih dahulu document yang perlu dibawa dan dokumen yang tidak perlu dibawa. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan!

Sebelum berangkat pulang ke Shah Alam

Belum sempat di edit, dan Alhamdulillah inilah hasilnya