Sesungguhnya senyum itu adalah sedekah (^_^)v

Wednesday

aku rindu ramadhan....


Pejam celik, pejam celik ramadhan dah hampir pada penghujungnya. Sungguh aku merasakan sesuatu yang agak pelik dari biasa. Perasaan yang sedih dan hiba tatkala teringatkan Ramadhan yang hampir pada penghujungnya. Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat. Ramadhan juga merupakan bulan yang paling bermakna buat aku pada setiap tahun, ini kerana pada setiap tahun, hanya pada bulan ini semua ahli keluarga aku berkumpul. Sama-sama menjamu selera apabila berbuka, sama-sama ke surau untuk menunaikan solat Terawih dan sama-sama bergotong-royong.
Benar kata ustazah Ida, “kalau nak tengok macam mana bahagianya sesebuah keluarga, kita tunggu masa bulan ramadhan.”

Pada bulan ramadhan juga, aku berpeluang untuk menunaikan solat Fardhu di setiap masjid di Daerah kampongku. Kalau di Shah Alam, setiap waktu solat fardhu, aku banyak habiskan dengan berjemaah di rumah bersama teman-teman serumah. Walaupun pada masa itu surau hanya beberapa meter sahaja dari rumah. Dek kemalasan yang telah menguasai hati, terpaksalah solat di rumah. Kadang kala, aku hanya solat bersendirian, betapa ruginya diri ini tidak mengimarahkan surau yang hanya beberapa meter jaraknya dari rumah. Sungguh, syaitan itu sangat kuat menghasut hati yang saban hari makin menurun imannya, SubhanAllah! Astarghfirullah hal azim! Kadang kala, aku banyak menghabiskan masa dengan melayari internet, dek kerana UNIFI di rumah sewa tersangatlah laju. Aku makin leka dengan teknologi yang kian maju pada masa kini.

A Moment to Remember
Sewaktu di kampong, aku banyak menghabiskan masaku dengan melakukan rutin harian, memasak untuk santapan sahur, juadah berbuka, mengemas rumah dan menjadi “babysitter” almaklumlah aku dah menjadi ibu saudara kepada 5 orang anak. Empat daripadanya adalah HERO. Apabila malam, masaku banyak diisi dengan menunaikan solat terawih bersama keluarga tercinta. Sungguh indah jalinan kasih sayang itu apabila semua adik beradik berkumpul bersama untuk meraikan ramdhan pertama bersama-sama. Aku sempat merakamkan gambar adik beradik perempuan aku sebelum aku berangkat kembali ke Shah Alam untuk menyelesaikan sedikit urusan. Bila teringatkan kembali kenangan sewaktu ramadhan pertama, hati aku menjadi sebak, hiba dan pilu tatkala merasakan bahawa diri ini mungkin tidak akan berjumpa lagi dengan ramadhan seterusnya. Lalu, di sejadah usang aku bersujud memohon ampun diatas segala dosa yang terdahulu.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertawaqallah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuat untuk hari esok(akhirat) dan bertawaqallah kepada Allah. Sungguh Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan...
Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik...
Tidak sama para penghuni neraka,dengan para penghuni syurga itulah orang-orang yang memperolehi kemenangan...
Sekiranya,Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir...
Dialah Allah,tidak ada Tuhan selain Dia Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dialah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang... "
"Surah Al-Hasyr ayat 18-22"

Ya Allah, terasa diri ini terlalu hina ketika dahi mencecah sejadah, air mataku menitis, mengenagkan dosa-dosa yang lalu. Dungaan untuk meraih syurgaMu tersangatlah hebat. Kuatkanlah imanku untuk terus berasa di landasanMu Ya Allah. Ketika bibir basah memuji Ilahi, Ketika hujan lebat membasahi bumi, ketika nafas masih belum terhenti dan ketika itulah Allah memberikan aku peluang untuk terus sujud mengadap ilahi. Ya Allah, kuatkanlah aku.