Sesungguhnya senyum itu adalah sedekah (^_^)v

Sunday

AKU DAN KAMERA

Assalamualaikum

Sungguh indah ciptaan Allah, sangat teruja bila menikmati pemandangan di sekitar shah alam. Setiap apa yang aku lihat menarik dan indah akanku cuba rakamkan kedalam kamera usangku. Apakan daya, rakaman yang ada dalam kamera tidak sama dengan rakaman pada mata yang sedang aku lihat. Sungguh hebat ciptaan Allah, ciptaan manusia tidak akan sama dengan apa yang diciptakan olehnya. Aku cuba ingin menyampaikan dakwah aku melalui gambar yang aku rakamkan supaya gambar-gambar ini boleh menjadi bekalan untuk aku di akhirat kelak. Banyak yang aku pelajari melalui gambar yang aku ambil. Setiap kali aku keluar dari rumah, akanku bawa kamera usang ini kemana sahaja. Setiap gambar yang aku ambil, akanku teliti dengan sedalam-dalamnya maksud gambar berkenaan. Aku bersyukur pada Mu Ya Allah kerana memberikan aku pancaindera yang sangat hebat.  Walaupun aku tidak mampu membuatkan orang disekeliling gembira, akan tetapi aku mampu membuatkan mereka faham akan mesej yang aku ingin sampaikan. Terima kasih Ya Allah.

Sesungguhnya keindahan ciptaan Allah itu tiada tandingan

Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan kepadamu 

Penuhilah waktumu dan hargailah masamu dengan sentiasa mengingati Allah