Sesungguhnya senyum itu adalah sedekah (^_^)v

Wednesday

happy birthday papa


Alhamdulillah, tanggal 11 Ogos 2012 genaplah usia Papa yang ke 55 tahun. Papa seorang yang sangat garang dan tegas. Papa juga merupakan seorang yang sangat rajin dan teratur dalam melakukan sesuatu kerja. Bagi aku, papa sangat hebat! Papa akan melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh tanpa meminta bantuan dari kami atau orang lain. Papa bekerja sebagai seorang jurutera elektrik di syarikat swasta di daerah Kemaman. Papa seorang yang sangat workaholic, papa tidak pernah abaikan tanggungjawabnya terhadap anak-anak walaupun papa telah dikurniakan 5 orang cucu. Aku bersyukur kerana Allah telah mengurniakan aku seorang bapa yang sangat penyayang dan tegas, yang sentiasa melayani karenah anak-anak yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah. Terima kasih papa! We all love u so much!!!!




Nak dijadikan cerita…. Kebetulan, hari lahir papa jatuh pada bulan ramadhan, jadi kami sekeluarga hampir terlupa akan hari istimewa ini. Tapi bagi aku, aku sentiasa catat tarikh-tarikh istimewa dalam diari khas aku. Pada pagi itu selepas sahur, papa menoton TV rancangan menarik Tanah kubur di astro Oasis, tak silap aku waktu itu tajuknya ….. aku pun dah lupa, tapi yang pasti waktu itu kisahnya mengenai anak yang derhaka kepada ibunya. Pada waktu itu aku terus ke dapur untuk menyiapkan kuih-muih untuk aidilfitri yang menjelang hanya beberapa hari sahaja lagi. Papa terus ke dapur untuk menyapa aku, mungkin pada waktu itu papa nak aku ucapkan selamat hari lahir padanya, tetapi aku pura-pura buat lupa. Aku Nampak jelas sinar kekecewaan di wajah papa. Eeeee….. terunya aku! papa hanya memerhati setiap pergerakan aku. Masa terus berputar dan berputar, tapi tiada seorang pun yang mengucapkan selamat hari lahir buat papa. Waktu berbuka hampir tiba, perancangan yang dibuat hampir menjadi, kami siap menyediakan juadah berbuka dengan juadah yang ala kadar sahaja. Malang sekali, papa tak berbuka di rumah, mungkin merajuk agaknya. Perancangan pertama aku gagal, tapi tak apa, ada lagi next perancangan. Selepas berbuka, kami bersiap-siap menunaikan solat maghrib sebelum kejutan untuk papa dibuat. Selepas semua siap, kami bergegas-gegas keluarkan kek dari perut peti ais dan meletakkannya di atas meja sambil menunggu kepulangan papa dari surau…. Dan… papa pun sampai di rumah dengan motor usangnnya…. Tiba-tiba papa menekan tombol pintu dan……… surprise!!!! Happy birthday to you…. Happy birthday to you… happy birthday to papa… happy birthday to you…..! jelas terpancar kegembiraan diwajahnya tatkala melihat semua anak-anaknya meraikan hari istimewa buat papa. Sempat aku bergurau dengan papa, “papa merajuk ye..?” papa hanya senyum, senyum dan senyum sambil matanya berkaca linangan air mata.

*Fatin Sayang Papa di Dunia, Akhirat hingga Syurga!

uncle dah kawin...


Alhamdulillah, 8 september 2012 hari Sabtu, Helmi Razali atau lebih dikenali dengan panggilan manja oleh aku ialah ‘uncle’ telah selamat diijab kabulkan dengan pasangannya Noraanis (kak anis)bertempat di Kg. Kelawar Tanjung Malim Perak. Perkenalan mereka sangat singkat. Mereka sama-sama kenal sewaktu menuntut di Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor. Berkenalan melalui orang tengah atau lebih dikenali dengan cara Baitulmuslim. Wah! Seronoknya cinta selepas kahwin. Alhamdulillah, mereka dah selamat bersama. Allah telah mempermudahkan urusan mereka dengan sangat mudah. Aku sangat suka dengan cara mereka, kerana mereka sangat menjaga batas-batas perhubungan dan pergaulan, mereka tidak pernah berhubung melalui telefon. Mereka hanya berhubung melalui email dan facebook sahaja untuk urusan hantaran dan sebagainya. Hebatkan hubungan mereka? Semoga aku juga seperti mereka kelak, insyAllah, amin!
layan habes!! nyanyian dari uncle khas untuk isteri tercinta
Hang Tuah!
segak dengan keris tamin sarinya
terpesona melihat sang isteri
Sempat jugak bergambar di plamin, ambik berkatlah katakan..

Gambar kenang-kenangan bersama kedua mempelai
semoga bahagia hingga kesyurga!
Aku berkesempatan untuk menghadiri majlis mereka kerana aku telah diundang untuk menjadi jurugambar utama majlis mereka. Alhamdulillah, aku mampu melakukan tugasan aku dengan baik walaupun aku bekerja seorang kerana team aku tidak dapat menghadirkan diri. Akan tetapi, itu semua tidak menjadikan ianya suatu masalah yang besar, kerana rezeki ada dimana-mana, apa yang penting kita mesti rajin berusaha dan insyAllah, Allah akan bantu. Di sini aku kongsikan sedikit gambar sebagai kenang-kenangan. 

Meriahnya Aidilfitri


Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerana sekali lagi memberikan aku dan keluarga peluang untuk menyambut aidilfitri bersama-sama. Bagi setiap umat islam di dunia ini pasti menantikan detik 1 syawal setelah 1 bulan berpuasa. Satu syawal merupakan satu kejayaan buat umat islam kerana Berjaya berpuasa di bulan ramadhan sehingga keakhir bulannya. Aku berasa sangat bersyukur kerana pada tahun ini, semua ahli keluarga aku pulang beraya di kampung halaman. Bagi aku, aidilfitri pada tahun ini sangat meriah kerana kami telah mendapat ahli keluarga yang baru 3 serentak iaitu abang ipar, anak buah yang keempat dan anak buah yang kelima. Syukur Alhamdulillah! Pada tahun ini agak berbeza kerana juadah pada 1 syawal agak banyak antaranya ialah nasi arab, nasi minyak, ketupat, rendang, satay, nasi impit, kek coklat, lemang dan sebagainya. Tahun ini juga merupakan tahun yang paling penat buat aku kerana segala persiapan untuk  1 syawal hanya disiapkan oleh aku, kerana kakakku masih dalam pantang.