Sesungguhnya senyum itu adalah sedekah (^_^)v

Sunday

Cara untuk shoot Langit Nampak Biru

Assalamualaikum sahabat semua, entry kali ini adalah berkenaan dengan cara untuk mengambil gambar langit dan awan tanpa edit di photoshop atau mana-mana software design. Ramai yang tanya pada Huda macam mana cara untuk jadikan gambar langit tu jelas birunya sama seperti apa yang kita lihat melalui pancaindera penglihatan. Di sini, Huda akan kongsikan sedikit ilmu yang Huda praktikkan dalam dunia fotografi ini. Ilmu ini Huda peroleh daripada Sifu Firdaus Mahadi seorang juru gambar muslim yang sangat professional. Cara ini sangat mudah dan sesuai digunakan untuk semua jenis camera DSLR. Untuk note ini, Huda gunakan camera NIKON D90. Camera Compaq Huda belum cuba lagi.

Ok, sebelum tu, pastikan anda menyediakan pen dan kertas untuk dicatitkan serta kamera untuk praktikal.
  1. 1-  Caranya begini, pastikan anda menggunakan mood M (manual) untuk memudahkan lagi proses pembelajaran.
  2. 2-  Pastikan anda menggunakan white balance preset manual, atau auto atau custom atau mengikut keselesaan anda.
  3. 3-   Untuk pemandangan landskap yang meliputi sedikit ruang langit sekitar jam 12.00 tgahri dan keatas, pastikan apature (f 10 dan ke atas) ,shutterspeed pula mestilah melebihi dari 1/200 sec manakala ISO mestilah serendah yang mungkin bagi mengelakkan berlakunya over expose. Keaadaan ini juga mengikut kadaran cahaya disekeliling anda.

Pastikan ISO dan Shutter speed anda balance. Sekiranya anda menggunakan apature f 10 ke bawah, ianya akan memfokuskan pada object tertentu atau objek di hadapan sahaja.
Di sini Huda lampirkan sedikit gambar sebagai bahan rujukan anda semua :
klik imej untuk paparan lebih jelas.


Canon EOS 550D
f 3.5 (untuk fokus subjek dihadapan)
shutter speed 1/800 sec
 ISO  100
time : 5.26 p.m

Nikon D90
f 4.5 (untuk fokus subjek dihadapan)
shutter speed 1/640 sec
 ISO  800 (mengikut cahaya sekeliling)
time : 6.31 p.m

Nikon D90
f 22 (untuk fokus semua objek)
shutter speed 1/2500 sec
 ISO  1000
time : 7.41a.m

Nikon D90
f 14 (untuk fokus semua subjek)
shutter speed 1/250 sec
 ISO  1000
time : 7.49 a.m
Nikon D90
f 4.5 (untuk fokus subjek dihadapan)
shutter speed 1/4000 sec
 ISO  800
time : 5.50 p.m

Gambar di bawah menunjukkan perbezaan penggunaan apature (f)

Nikon D90
f 13 (untuk fokus semua subjek)
shutter speed 1/640 sec
 ISO  500
time : 4.18 p.m
Nikon D90
f 22 (untuk fokus semua subjek)
shutter speed 1/640 sec
 ISO  500
time : 4.18 p.m
 Perbezaan antara dua gambar adalah kecerahan gambar berkenaan, semakin tinggi nombor penggunaan apature (f) semakin gelap imej yang akan terhasil.

di sini saya ingin memohon maaf sekiranya ada kesilapan yang berlaku dalam maklumat yang diberi. Sesungguhnya yang baik itu semuanya datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.

p/s: sebarang pertanyaan bolehlah terus PM saya di Facebook

ilmu akan lagi bertambah sekiranya dikongsi
selamat mencuba!



Thursday

Job ditangguhkan Seketika

Assalamualaikum
Buat masa sekarang, job Annahda Photography terpaksa ditangguhkan buat seketika berikutan bulan puasa dan ahli group Annahda yang sibuk dengan urusan peribadi dan urusan pejabat. Di sini saya selitkan sedikit gambar-gambar dari pelanggan kami di seluruh Malaysia. Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi saya atau boleh like page Annahda : 

Sila click untuk image yang lebih jelas
Majlis Pertunangan Izuan dan Jaja





Majlis Perkahwinan Nina & Farriq









Pinjaman Hanyalah Seketika


Allah maha mengetahui tentang apa yang akan berlaku sebelum dan selepas. Nikmat kegembiraan dan kesihatan yang Allah bagi pinjam pada aku hanyalah sekejap. Nikmat gembira bersahur, berbuka dan bertarawih dengan keluarga hanyalah seketika yang aku sendiri tahu bahawa aku hanya berada di kampong halaman Cuma beberapa hari sahaja selepas pulang dari kursus tempoh hari. Masa yang ada aku gunakan sepenuhnya untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Kegembiraan di wajah papa jelas kelihatan tatkala aku pulang ke rumah. Walaupun pada masa itu aku masih terasa penat dek perjalanan yang sangat jauh, tetapi aku tetap mengukir senyuman untuk menjaga hati ummi dan papa. Aku terkilan seketika kerana waktu hari pertama bersahur aku tidak sempat menolong ummi di dapur dek masalah pinggang yang aku alami. Ummi tetap gembira tatkala melihat anak perempuan keduanya makan masakan ummi dengan penuh selera. Aku rasakan bahagia mempunyai bonda dan ayahnda yang sangat penyayang.

Aku hanya sempat berbuka bersama keluarga hanya dua hari kerana aku masih ada urusan yang perlu diselesaikan di shah alam. Pada hari ahad yang merupakan hari terakhir sebelum aku berangkat ke shah alam, aku sempat berbuka bersama keluarga, ummilah insan yang paling gembira kerana semua ahli keluarga aku berkumpul, banyak juadah yang ummi sediakan, antaranya kari kepala ikan, ikan masak asam, daging masak merah, kuih Melaka, ketupat, ayam panggang madu, air tebu, air sirap dan sebagainya. Oleh kerana saya dan abang ipar akan balik ke selatan, ummi sediakan semua masakan itu untuk menggembirakan kami. Terharu dan pilu singgah dihati tatkala melihat kegembiraan kedua ibubapa yang hanyalah seketika.
Selepas selesai berbuka, kami bersiap-siap untuk ke surau bagi menunaikan solat isyak serta tarawih berjemaah. Sementara menunggu azan solat isyak, ummi mengisikan masa yang terluang dengan membaca ayat suci al-quran. Aku cuba mengganggu ummi denganmengajak ummi berborak :

Aku : Ummi rasa fatin kawin bile? (fatin merupakan nama manja aku dalam keluarga)
Ummi : nape pulak Tanya macam tu? Dah nak kawin ke?
Aku : ish! Orang tanye je, mane tau kut2 ummi dah carikan untuk kite….
Ummi : tak de maknenye ummi nak cari untuk fatin, fatin carilah sendiri…
Aku : ala, ummi carikanla. Kan setiap ibu yang carikan calon suami or isteri untuk anak-anak pasti yang terbaik… (sambil ibu jari terangkat)
Ummi : malasla nak layan, cari lah sendiri. Solat malam tu yang penting kalau nak cari suami yang baik2. Satu lagi, kalau nak yang baik, kena lah mula dari diri kita. Bukan tunggu jatuh dari langit…
Aku : kite nak cinte pas kawin... hehehe
ummi : doa la...
aku : diam tanpa kata…. Malu….

Selesai solat terawih kami pulang ke rumah, belum sempat aku masuk ke bilik untuk menukar pakaian, abang ipar aku telah menunggu aku di garaj kereta untuk berangkat ke shah alam. Ya Allah, sekejapnya masa yang engkau berikan padaku untuk bersama keluarga. Seperti biasa, ummi akan membungkuskan segala macam makanan yang ada di dapur untuk aku bawa pulang ke shah alam. Ada kuih, ada lauk dan ada juga buah buahan. Ibu mana yang tak sayangkan anak? Terpancar di wajah ummi kesedihan tatkala melihat aku masuk ke perut kereta. Proton waja yang dipandu abang iparku mula keluar dari pagar, dalam diam aku menitiskan air mata tatkala melihat lambaian tangan ummi dan papa serta wan di beranda rumah lantas difikiranku mula berfikir dan berdoa, Ya Allah, andainya ini lambaian terakhir dariku, engkau ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan lindungilah mereka di bawah lembayung rahmatmu.

Aku selamat sampai di Shah Alam jam 2 pagi, rumah sewaku masih lagi terang mungkin kakak-kakak housemate dah balik dari kampong. Aku masuk ke rumah dan terus membersihkan diri dan tidur seketika sebelum sahur. Pagi itu aku hanya bersahur dengan kurma dan roti sahaja dek kemalasan yang melanda. Selepas solat subuh, aku sambung tidur kembali dek penat perjalanan masih belum hilang. Aku masih dibuai mimpi, tatkala aku mendapat panggilan dari housemate ku kak azi :
Kak azi : hello, assalamualaikum, huda sibuk tak? Huda free tak pagi ni?
Huda : waalaikumussalam, tak kak, nape kak?
Kak azi : kat umah ada motor tak?
Huda : ada kak, tapi kuncinye tak de la sebab saya tak de motor
Kak azi : ala, macam mana ek? Akak jatuh motor ni… hehe (gelak sambil nangis)
Huda : Subhanallah, biar betul kak, kat mana? Teruk tak?
Kak azi : ha’ah, ntah la teruk ke tak, jatuh kat PJ Hilton. Licin
Huda : macam mana ni akak? Huda tak de transport. (cuak sambil air mata jatuh sebab bimbang)
Kak azi : akak pun tak tau nak buat macam mana, kat sini dah nak hujan, motor tak leh jalan gear bengkuk, kaki akak dah capek tak leh nak tolak.
Huda : ala macam mana ni… huda cuba cari contact number bengkel kat google ya kak. Akak sabar tau. Jangan nangis

kak azi yang selalu bersama aku
Tatkala keresahan dan kebimbangan melanda hati, aku cuba kuatkan semangat untuk berlagak tenang. Aku terus capai fon cordless dan membuat panggilan kepada rakan-rakan yang boleh membantu kak azi. Tapi malangnya masing-masing sibuk dengan pekerjaan dunia. Aku hanya mampu berdoa, mohon agar Allah permudahkan segala urusan hambanya. Aku naik ke atas untuk ke bilik air sambil membawa hand phone dan cordless phone, apabila keluar dari bilik air, aku terus menuju ke tangga untuk turun ke bawah sesampai aku di anak tangga yang keempat akhir, aku tiba-tiba hilang kawalan dan akhirnya aku jatuh kebawah. SubhanAllah aku tidak dapat bangun. Tiada siapa di rumah yang boleh membantu aku. aku menangis Ya Allah hebatnya dugaanMu ini. Aku masih duduk di tangga dan tidak mampu lagi untuk bangun hand phone dan cordless phone aku berkecai ddek jatuh dari anak tangga berkenaan. Aku cuba gagahkan diri untuk bangun dan cuba mencapai laptop untuk google bantu kak azi yang di timpa musibah. Aku menangis tidak henti-henti akibat sakit yang teramat sangat di bahagian pinggul dan pinggang. Aku hanya mampu berdoa dan menangis mohon pertolongan daripada Allah. Jari kelingking tangan dan sikuku dah kelihatan sedikit lebam. Aku menangis lagi kerana aku tidak mampu untuk membantu kak azi yang di timpa musibah. Aku berteleku panjang di hadapan laptop hanya tangisan dan doa yang mampu aku ungkapkan. Tiba-tiba aku mendapat satu mesej dari kak azi :

Kak azi : huda, thanx a lot ya. Akak dh dpt contact number bngkel motor area PJ. jap lgi kakak akak kt puchong dtg ambik akak, skrg akak baru blik clinic juz luka2 ringan je. Don’t wori ya.

Syukur Alhamdulillah aku panjatkan kepada Ilahi kerana memudahkan segala urusannya. Kesakitan yang aku alami hilang seketika. Nikmat sihat yang Allah berikan kepadaku hanya seketika, kaki makin bengkak dan lebam jelas kelihatan lantas aku terus mesej pada ummi tentang keadaan aku sekarang.

aku : fatin jatuh tangga mi, xleh nak bangun…. Kejang…  (T_T) umah xde org…
ummi : tgga mane?
Aku : tngga umah, licin nk turun dari bilik air… (T__T)
Ummi : amik minyk urut
Aku : lebam ngn sliuh jari je
Ummi : urut la, guna myk afiat panas
Aku : ok

Lantas ummi menelefon aku, jelas kedengaran suaranya yang sangat bimbang akan kesihatanku. Perbualan kami diteruskan dengan hal yang lain. Sungguh Allah maha penyayang tatkala hambanya dalam keadaan kesedihan dan kesakitan, Allah kirimkan seseorang yang mampu mengurangkan bebanan yang di tanggung. Terima kasih Ya Allah.

Moral of the story
Setiap apa yang berlaku merupakan perancangan Allah, walaupun sehebat mana musibah yang menimpa, yakinlah bahawa Allah sentiasa ada dan yakinlah bahawa anda juga mampu menghadapinya.

Sambungan

Perjalanan memakan masa 2 jam setengah untuk sampai ke R & R Cheneh. Telefon aku hampir kehabisan bateri, perasaan berdebar makin meninggi tatkala perjalanan hampir tiba ke destinasi. Bermain-main difikiran penerimaan papa dan ummi tentang diri aku. Ya Allah, permudahkan segala urusanku. Tiba-tiba telefonku berbunyi :
Papa : nanti dah nak sampai kol kat papa ok?
Aku : urm… insyAllah

Belum sempat aku tekan butang angkat, handphone aku dah padam menandakan bahawa bateri dah habis. Terima kasih aku ucapkan kepada adik Irfa yang sudi meminjamkan telefon beliau. Lantas aku terus menelefon papa :
Aku : pa, atin dah sampai dah ni..
Papa : amboih… cepatnye…
Aku : atin tak tau jalan, so memang la cepat… huhuhu
Papa : ok, tunggu la kejap papa dah kat jambatan dah ni…
Aku : ok

Jarak perjalanan dari rumah ke r n r Cheneh sangat jauh dan mengambil masa dalam 30 minit. Resah dan gelisah membuak-buak, terima kasih buat sahabat baruku izzati dan effa yang sudi menemaniku sehingga ayahnda tiba, sahabatku banyak menasihatiku dengan nasihat yang sanagt menyentuh hatiku.
Ingat tau huda, kita bersahabat buan kat dunia je, tapi sampai ke syurga ilahi…
Kata-kata itu aku ingat sehingga ke hari ini, 15 minit kemudian, ayahnda kesayanganku pun tiba. Papa melulu turun dan terus bersalaman dengan semua muslimin yang ada pada ketika itu termasuk pak cik driver bus. 

antara muslimin yang ikut serta dalam kursus KPO

antara muslimat yang ikut serta dalam kursus KPO
Aku bersalaman dengan semua muslimat yang ada pada ketika itu, berat hati untuk berpisah dengan mereka kerana ukhwah yang terjalin sangat erat walaupun baru sahaja mengenal hati budi masing-masing. Pandangan papa mula terarah kepadaku, aku bersalaman dengan papa dan terus menerobos ke perut kereta. Papa hanya diam, dan mula menanyakan tentang tujuan kursus berkenaan. Aku mula bercerita sebelum dan selepas. Gugup dijantungku masih jelas terasa. Papa langsung tidak persoalkan tentang imej aku, mungkin papa gembira, Cuma ego seorang bapa yang tidak ditunjukkan pada anaknya. Aku masih terfikir dan bertanya, adakah aku mampu berpakaian sebegini di campus nanti? Macam mana penerimaan rakan-rakan di campus? Hanya padaMU ku berserah Ya Allah, tetapkanlah hati ini, dan kuatkanlah imanku Ya Allah.

Friday

Alhamdulillah Terima Kasih Ya Allah


indahnya ukhwah jika ianya kerana Allah
Syukur Alhamdulillah aku panjatkan kepada Mu Ya Allah kerana dengan izin Mu aku masih lagi mampu melihat dunia ini meskipun aku masih leka dengan kemewahan dunia. Aku bersyukur pada Mu kerana masih diberi peluang untuk berhijrah dengan lebih jauh.

Alhamdulillah, aku bersyukur yang tidak terhingga kepada Mu Ya Allah kerana memberikan aku peluang untuk memiliki sebuah keluarga dan persahabatan yang sangat bermakna buat diri aku. Aku berkesempatan untuk mengikuti Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) anjuran Persatuan Mahasiswa Hadhari UiTM (PMH). Kursus ini di adakan di UiTM Kampus Dungun, dan ianya berlangsung selama 3 hari 2 malam. Aku sangat bersemangat untuk mengikuti kursus berkenaan kerana aku merasakan bahawa inilah masaku untuk aku mencari dan menambahkan ilmu agama. Pada mulanya aku ingin menolak jemputan berkenaan, akan tetapi Allah maha mengetahui akan semuanya yang berlaku. 3 hari sebelum berangkat ke UiTM Dungun, aku telah siap mengemas beg untuk berangkat ke sana, rakan serumah aku hairan melihat gelagatku. Kebiasaannya kalau hendak ke sesuatu tempat aku akan mengemaskan barang keperluan 5 jam sebelum berangkat. Tapi kali ini sangat berbeza, aku jadi semakin bersemangat dan rasa tidak sabar untuk mengikuti kursus berkenaan. Sehelai demi sehelai pakaian yang dilipat dan masukkan ke dalam beg. Aku terpandang pada sehelai tudung yang berwarna cream, tudung labuh bulat yang thampir 7 bulan aku beli tapi masih belum berpeluang untuk aku memakainya. Aku mengambil tudung berkenaan tanpa berfikir panjang dan terus memasukkannya ke dalam beg.

Sewaktu hari kejadian, aku meminta housemate ku selaku kakak angkatku menghantarkan aku ke Kolej Teratai. Setibanya aku di Kolej Teratai, aku melihat ramai muslimah yang cantik dan ayu perwatakkannya. Perasaan aku pada ketika itu bercampur baur, ada sedih dan ada jugak gembiranya. Sedih kerana aku belum mampu untuk menjadi seperti mereka, dan gembira kerana Allah telah mengaturkan langkah aku untuk terus berhijrah.

Dalam perjalanan, aku tidak henti-henti memanjatkan rasa syukur kepadaNya kerana memberikan aku peluang untuk terus melakukan amal kebaikan. Aku memerhati gelagat setiap muslimah yang ada di dalam bas pada ketika itu, ada yang mengisi waktu mereka dengan membaca al-quran, ada yang tekun menelaah buku agama dan ada juga yang sedang berdiskusi. Setiap pergerakan mereka aku perhatikan dengan niat aku ingin menjadi seperti mereka yang tidak lekang mengisi masa mereka dengan melakukan perkara yang Allah suka. Ya Allah, kuatkanlah iman ku untuk aku terus berada di jalan Mu, dan lindungilah aku.

Uitm Kampus Dungun
Terkesima seketika tatkala setinanya aku di UiTM Kampus Dungun. Suasananya sangat nyaman seolah-olah sedang berada di sebuah perkampongan. Pemandangannya yang sangat indah bersulamkan angin pantai yang damai dan mengasyikkan. Sekali pandang bagaikan di resort. Sungguh hebat keindahan ciptaan Allah. Kami di agihkan 4 orang untuk satu bilik. Dan aku telah di pilih oleh sahabat-sahabat yang lain untuk menjadi ketua bilik. Bilik yang kami diami di Kolej Gemia adalah GM 1/303. 3 orang lagi sahabat baru aku kenali iaitu Ain, Irfa dan Sarimah sangat ramah dan murah dengan senyuman. Mereka sangat baik, aku amat kagum dengan mereka.
Irfa, Ain, Sarimah dan Aku
Pabila tiba waktu malam dan setelah selesai majlis perasmian, kami pulang ke bilik untuk berehat. Sebelum berehat, aku menyiapkan pakaian untuk dipakai pada keesokkan harinya. Sehelai demi sehelai pakaian yang aku belek, dan aku terpandang tudung cream berkenaan, terdetik dihati aku, adakah ini saat yang sesuai yang Allah aturkan untuk aku memakainya? Berlinangan air mataku setitis ianya jatuh ke pipi lantas segera aku sembunyikan air mata ini dari kelihatan oleh teman yang lain. Sesungguhnya Allah telah memakbulkan doaku untuk berhijrah. Sungguh indah rancangan Mu Ya Allah. Aku makin bersemangat untuk mengenakan tudung berkenaan untuk hari esok.

Terima Kasih Ya Allah
Aku bersyukur kerana akhirnya aku mampu memakai tudung yang telah sekian lama aku membelinya. Tanggal 17 Julai 2012 adalah merupakan ulang tahun adik bongsuku Irfan yang ke 11 tahun, dan pada hari itu jugalah merupakan hari pertama aku mengenakan tudung labuh (bulat).  Perasaan bahagia yang tidak terhingga tatkala tudung berkenaan singgah di kepalaku. Aku rasakan seolah-olah ada satu sinaran yang terpancar, dan perasaan bahagia serta tenang yang tidak dapat digambarkan. Sujud syukurku padaMu Ya Allah. Sekali lagi air mataku jatuh tatkala teringat akan peristiwa yang lampau. Terima kasih Ya Allah.

Bersambung…..

Sunday

AKU DAN KAMERA

Assalamualaikum

Sungguh indah ciptaan Allah, sangat teruja bila menikmati pemandangan di sekitar shah alam. Setiap apa yang aku lihat menarik dan indah akanku cuba rakamkan kedalam kamera usangku. Apakan daya, rakaman yang ada dalam kamera tidak sama dengan rakaman pada mata yang sedang aku lihat. Sungguh hebat ciptaan Allah, ciptaan manusia tidak akan sama dengan apa yang diciptakan olehnya. Aku cuba ingin menyampaikan dakwah aku melalui gambar yang aku rakamkan supaya gambar-gambar ini boleh menjadi bekalan untuk aku di akhirat kelak. Banyak yang aku pelajari melalui gambar yang aku ambil. Setiap kali aku keluar dari rumah, akanku bawa kamera usang ini kemana sahaja. Setiap gambar yang aku ambil, akanku teliti dengan sedalam-dalamnya maksud gambar berkenaan. Aku bersyukur pada Mu Ya Allah kerana memberikan aku pancaindera yang sangat hebat.  Walaupun aku tidak mampu membuatkan orang disekeliling gembira, akan tetapi aku mampu membuatkan mereka faham akan mesej yang aku ingin sampaikan. Terima kasih Ya Allah.

Sesungguhnya keindahan ciptaan Allah itu tiada tandingan

Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan kepadamu 

Penuhilah waktumu dan hargailah masamu dengan sentiasa mengingati Allah

Friday

SAHABAT

Bersahabatlah hanya kerana Allah
Kalau dahulu, aku berbangga apabila mempunyai sahabat yang tidak menutup aurat, tidak menjaga solat 5 waktunya, bangga melakukan maksiat, tapi kini aku malu, malu untuk melakukan maksiat kepada Allah. Dan sekarang aku berasa begitu rendah diri untuk bersahabat dengan sahabat yang tinggi ilmu agamanya, sentiasa menasihati sahabat yang lain dan sentiasa mengingatkan sahabat yang lain tentang saat kematian. Aku malu kerana aku insane yang hina, tatkala dahulu aku selalu melakukan perkara yang bercanggah dengan Islam. Tatkala dahulu aku selalu berfikiran negative terhadap insan  yang beristiqamah berhijrah dengan bertudung labuh.
awak.... kita bersahabat sehingga ke syurga ilahi ya.....
Aku masih ingat lagi kata-kata yang pernah aku lemparkan pada seorang sahabat, “Setakat tudung je labuh hati bukannya baik sangat pun, saja nak tunjuk alim depan orang, bukan tak tahu perangai dia yang dulu tu…” Ya Allah… sungguh biadapnya hambaMu ini terhadap insan yang berhijrah menegakkan agamaMu, ampunkan segala dosaku Ya Allah sesungguhnya aku terlalu jahil dan tidak mengenal erti islam yang sebenar…. Tapi kini, insan yang aku hina itulah menjadi sahabat aku yang sentiasa menasihatiku dan menegur setiap perbuatanku. Ya Allah teguhkanlah hati kami untuk menuju syurga Mu Ya Allah… semoga persahabatan ini di redhai oleh Mu Ya Allah…


kakak-kakak yang sentiasa memberi nasihat dan inspirasi untuk aku berhijrah


ONLY YOU IN MY HEART

Rasanya sangat bahagia bila bersama dengan keluarga tersayang. Dapat makan sama-sama, bergurau bersama-sama. Kadang kala, cerita dongeng pun boleh berkongsi bersama. Kalau diikutkan hati rasa seolah-olah ingin bersama mereka setiap masa tanpa menghiraukan perkara lain. Akan tetapi, apakan daya, impian mesti dikecapi untuk merialisasikan apa yang terbuku dihati. Meneruskan pengajian keperingkat yang tertinggi akan ku tetapkan. Walaupun sekuat mana ujian yang menerjah, akan ku cuba untuk berjuang demi ilmu dunia dan juga akhirat.


Allah Maha adil dan Maha Penyayang, Allah mengirimkan aku ibu bapa yang sangat penyayang. Mereka mendidik aku dengan penuh kasih sayang dan tinggi ilmu agama. Mereka selalu mengingatkan aku akan solat, tanamkan sifat positif dalam diri dan sentiasa memaafkan orang lain.

Aku sering kali teringat akan pesan ummi, ‘sebelum tidur kita kena baca surah 3 kul, ayat kursi dan ayat seribu dinar serta doa tidur, dalam doa tidur itu kita selitkan kalimah syahadah dan sebelum kita lelapkan mata kita niatkan dalam hati  bahawa aku dah maafkan orang yang buat salah pada aku dan mohon pada Allah supaya orang tu pun maafkan setiap salah dan silap kita halalkan semuanya. Sebab apa ummi pesan macam tu? Sebab nanti kita meninggal, kita telah maafkan orang…’ pesan ummi itu sentiasa aku praktikkan dalam kehidupan aku seharian.

Benar kata ‘peribahasa di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi’. Aku kagum dengan kelebihan bondaku ini. Walaupun ummi sibuk di pejabat, ummi tidak pernah lupa akan tanggung jawabnya terhadap keluarga. Rutin harian ummi sangat padat, tapi ummi tidak pernah sesekali merungut. Ummi akan menyediakan hidangan yang lazat walaupun ummi sendiri tidak menjamahnya. Ummi akan bangun di awal pagi untuk menyiapkan sarapan untuk kami.waktu tengahari ummi pulang pejabat dan terus ke dapur untuk menyiapkan makan tengahari. Walaupun masa waktu itu hanyalah sekejap, akan tetapi ummi tetap hebat dan pandai menjaga hati kami.

Pada setiap hari Isnin, ummi akan pulang rumah sebelum pukul 7 mlm. Kerana pada masa itu ummi berpeluang mengisi waktu yang sedikit dengan menghadiri majlis agama untuk menambah ilmu di dada. Aku sangat kagum dengan ummi. Benda yang paling aku kagum dengan ummi ialah pada waktu malam setelah solat maghrib, ummi akan mengisi waktu itu dengan mengumpul bekalan untuk akhirat iaitu dengan mengajar al quran kepada anak-anak kampong. Aku sangat kagum dengan ummi yang mampu meluangkan sedikit masa yang ada. Setiap kali aku pulang ke kampong, aku akan duduk bersebelahan dengan ummi sewaktu ummi mengajar mengaji, meneliti dan memerhati akan gerak geri ummi yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah. Sentiasa akan membuatkan kami tersenyum. Aku bersyukur kepada Mu Ya Allah kerana mengurniakan ibu yang sebaik ummi. Terima kasih Ya Allah.

Aku masih ingat sewaktu aku dalam lingkungan umur 5 tahun, ummi mula mengajarkan aku alif ba ta. Dan Alhamdulillah aku mudah mengenal, bekat dari doa seorang ibu, aku khatam al-quran pada usia yang terlalu muda iaitu umur 7 tahun. Sejak dari kecil, aku dibesarkan dengan alunan zikrullah oleh ummiku, dan sejak dari itu juga papa melatih abang-abangku yang lain untuk berjinak-jinak dengan al-quran. Sejak dari itu papa selalu menghantar abang-abang aku untuk menyertai pertandingan tilawah al-quran dari peringkat zon sehingga keperingkat negeri. Aku tertarik, sewaktu aku berumur 9 tahun, papa menyenaraikan aku masuk pertandingan tilawah al-quran peringkat zon negeri Terengganu.

Insan yang selalu memberi semangat dan inspirasi untuk menang pertandingan itu adalah ummi. Ummi banyak mengajar aku tentang cara-cara untuk bacaan yang merdu dan betul. Pada waktu itu, aku hanyalah belajar tarannum yang paling senang iaitu tarannum Bayyati. Dan Alhamdulillah, aku mendapat tempat yang ke-2. Aku sangat gembira dan kagum dengan kesungguhan ummi dan papa mendidikku. Alhamdulillah, aku bersyukur padaMu Ya Allah, semoga setiap kebaikan yang ummi dan papa lakukan menjadi bekalan di akhirat kelak. Benarlah kata pujangga, Tangan yang menghayun buayan bias menggongcangkan dunia.
Ummi dan Papa adalah insan yang terbaik Allah kirimkan buat diriku. Terima kasih Ya Allah.



Firman Allah :
“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusuinya dalam dua tahun, bersyukurlah padaku dan kepada dua ibu bapamu hanya kepada Ku lah kembalimu.”
Surah Luqman : 14

Islam itu Indah!

Sesungguhnya islam itu sangat mudah dan tidak membebankan, kalau dahulu sewaktu masih jahil aku selalu mengeluh kerana apabila ingin menunaikan solat mesti cari surau, tapi sekarang, aku buang sikap itu... aku tanamkan dalam hati bahawa islam itu sangat indah, islam itu memudahkan di mana-mana kita boleh menunaikan solat 5 waktu, asalkan tidak di tempat yang kotor dan mempunyai najis... Alhamdulillah, aku yakin dengan ketentuan Allah...


Akhirnya sinar itu kucapai Jua

Aku gembira melihat ramai yang telah berhijrah, dari mengenakan pakaian berlengan pendek, kepada berlengan panjang, dari tidak bertudung, kepada bertudung. Pabila melihat mereka berhijrah, aku mula terdetik dihati untuk mengenakan tudung yang bidang agak lebar dari biasa. Dan pada saat itu, aku mula membeli sehelai tudung berwarna coklat pekat dengan secara senyap-senyap, perasaan malu singgah di hati. Pada mulanya aku cuba mengenakan tudung berkenaan hanya di dalam bilik dan di hadapan cermin. Tatkala aku melihat diriku di hadapan cermin aku merasakan ketenangan yang tak pernah aku alami sebelum ini. Aku mula perlahan-lahan memakai tudung berkenaan bermula pada pertengahan tahun 2009. Penghijrahan yang aku lakukan sangat drastik. Teman-teman sekeliling terkejut dengan perubahan aku. Mereka mula perlahan-lahan jauh dari aku, dari selalu keluar makan bersama-sama kepada berseorangan. Pada waktu itu, aku sering kali makan di bilik bersendirian ditemani oleh si comel owem (kucing). Aku ingin beristiqamah yang aku akan kekalkan imej ini sampai bila-bila. Aku sentiasa berfikiran positif kepada rakan-rakan, mungkin mereka hormatkan perubahan aku untuk menjauhkan diri dari aku, untuk tidak mengajak aku ketempat-tempat hiburan yang tidak patut dijejaki oleh menusia seperti aku.

Akan tetapi, hari demi hari Allah menguji aku dengan sikap teman-teman yang langsung tidak mengambil berat tentang diri aku. Kalau dahulu mereka selalu singgah ke bilik aku untuk bertanyakan khabar, tapi sekarang, langsung tidak. Aku semakin tidak bersemangat untuk belajar.

Aku tidak kuat, dan Allah sekali lagi menguji aku untuk aku tinggalkan tudung labuh.  Aku tidak mampu menghadapi ujian Allah ini, iman di dadaku sangat rapuh, dan dengan mudah aku meninggalkan imej berkenaan. Setelah aku tidak mengenakan tudung yang labuh, ramai pula teman yang datang dan mengajak aku keluar berhibur tanpa menghiraukan waktu solat. Pada ketika itu, aku hanya solat dalam keadaan terpaksa, langsung tiada khusyuknya. Ya Allah hinanya aku….

Aku menjadi bahagia dengan hidup berkenaan. Tetapi kebahagiaan itu hanyalah seketika. Tatkala aku mendapat panggilan dari kakakku yang mengatakan bahawa ayahnda tercinta di masukkan ke wad kecemasan kerana di patuk ular sewaktu bertugas. Aku hanya menangis dan menangis. Aku berkemas untuk pulang ke kampong, tatkala aku menarik laci almari aku terpandangkan sehelai kain berwarna coklat yang masih kemas terlipat. Aku menarik dan…. Air mataku bejujuran jatuh… Ya Allah…. Aku rindukan perasaan yang dahulu… aku inginkan ketenangan yang pernah Engkau singgahkan kedalam hati aku suatu ketika dulu… aku terus mengambil wudhu’ dan terus sujud syukur menyembah ilahi kerana masih diberi peluang untuk aku terus berubah… aku terus bersiap untuk pulang ke kampong halaman.

Tudung yang masih dipakai sehingga sekarang

Sewaktu menunggu ketibaan kakak dan abang cik, aku berkesempatan untuk menghadirkan diri ke program ‘solat jenazah’ bertempat di Pusat Islam (CITU)UiTM. Sebaik sahaja mendengar penceramah mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-quran, tiba-tiba air mata jatuh mula membasahi pipi. Sungguh hambaMu telah terlalu lama tidak memujiMu Ya Allah… dalam pada masa itu, fikiranku mula terbayang seraub wajah insan tua yang sentiasa sabar dengan karenah anak-anak, papa… aku tidak putus-putus berdoa semoga papa dalam keadaan selamat.

Teringat akan kata-kata ustaz Lutfi : Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu hambaNya tanggung…

Aku pegang dengan kata-kata itu, dan aku yakin Allah Maha Mengetahui setiap apa yang terjadi… Semenjak dari hari itu, aku tanamkan niat dan azam untuk terus berubah. Aku yakin, Allah sentiasa bersama hambaNya…

semoga papa sentiasa dalam rahmat Allah
Alhamdulillah, papa semakin sihat sehingga ke hari ini dan mampu tersenyum melihat kejayaan anak-anaknya…

Aku akan terus berpegang pada janji yang aku akan terus berjalan di jalan Mu Ya Allah. Semoga setiap apa yang aku lakukan sentiasa dalam lindungan Allah.
Ya Allah, sesungguhnya setiap langkadan perbuatanku ini hanyalah kerana Mu….

Alhamdulillah kembali lagi menulis

Assalamualaikum semua pembaca...
Mohon maaf kerana hampir 2 tahun tidak menulis di sini Oleh kerana terlalu banyak perkara perlu aku uruskan dari hari ke hari mencari sinar yang telah ku ketemui. Alhamdulillah, sesungguhnya Allah maha pengasih dan Maha penyayang. Allah memberikan aku satu sinar baru, sinar yang belum pernah aku temui sebelum ini. Alangkah indah dan bahagianya hati ini.

Kalau duhulu, hati ini selalu dalam keadaan yang tidak tenang dan tenteram, selalu inginkan kegembiraan dengan mencari sesuatu kepuasan dengan cara yang salah. Selalu membelakangi ummi dan papa dalam semua hal hanya kerana seorang lelaki. Kesalahan yang sering aku lalukan kerana si dia. Aku ingin kembali ke pangkal jalan, mencari redha illahi. Tatkala duhulu, aku sering membuatkan ummi menangis kerana sikapku yang sering kali alpa dalam menegakkan agama Mu Ya Allah… tatkala duhulu aku sentiasa mengguriskan hati ummi dan papa kerana aku inginkan kebebasan, bergaul dengan lelaki ajnabi  tanpa menghiraukan adab dan batasan.  Tatkala duhulu, aku pernah mengatakan yang pabila tua baru nak bertaubat…. SubhanAllah… jahilnya hambamu ini Ya Allah…

Tatkala dahulu, kerana seorang lelaki, aku sanggup menipu dan membohongi ummi dan papa…. Sungguh kejam hambaMu ini Ya Allah….. tapi, kerana engkau Ya Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun, Maha Memurahkan dan Maha segala-galanya… aku bersyukur  Ya Allah… engkau Maha Mendengar setiap rintihan hati hambamu….

Ya Allah, aku mohon kepada Mu, ampunkanlah segala dosa-dosaku, dosa yang terdahulu, dosa yang kini, dan dosa yang akan datang… Ya Allah, dalam sujudku ini, aku mohon kepada Mu dengan penuh rasa rendah diri, Ya Allah, Engkau ampunkanlah segala dosa kedua ibu bapaku yang selama ini telah banyak berkorban untuk membesarkan aku dengan penuh kasih sayang…. Ya Allah, limpahkanlah rahmat kasihmu buat kedua ibu bapaku… rahmatilah mereka Ya Allah… Jangan Kau Zalimi mereka hanya kerana dosa-dosaku yang duhulu Ya Allah….. Engkau lindungilah mereka Ya Allah… sesungguhnya aku amat menyayangi mereka Ya Allah… Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku Ya Allah… terimlah taubat hambamu ini Ya Allah…. Sesungguhnya Maha Mendengar lagi Maha Pengampun… Amin Ya Rabbal aalamin….

Papa & Ummi
bahagia selamanya