Sesungguhnya senyum itu adalah sedekah (^_^)v

Saturday

Family Day JKR

Alhamdulillah, bersyukur kepada ALLAH kerana masih diberikan peluang untuk jari-jemariku menari-nari di atas papan kekunci ini. Alhamdulillah aku berkesempatan juga untuk menghadiri majlis hari keluarga Jabatan Kerja Raya Kemaman. Walaupun pada pagi itu aku baru sahaja tiba dari shah alam, tetapi oleh kerana semangat kekeluargaan aku tetap gagahkan diri. Fuh! Ayat… hehehe


Sukaneka hari keluarga JKR berlangsung di Santuary Resort Cherating Pahang. Wah! Bukan main jauh lagi sampai ke Negeri Pahang, untuk pengetahuan, Resort ini hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja untuk sampai dari kediaman kami. Oleh kerana daerah Kemaman merupakan sempadan Negeri Pahang, jadi untuk ke Kuantan hanya 45 minit sahaja dari rumah.

Acara pagi kejadian iaitu Belon Berirama
Waktu pagi hari kejadian mood aku yang ceria tiba-tiba bertukar apabila adik perempuan aku dengan tidak sengaja menjatuhkan barangan kesayangan aku iaitu (KAMERA hadiah dari PAPA). Adik perempuan aku ini seorang yang sangat gopoh, dalam bahasa lain kelam kabut. Setiap perkara yang dia buat, pasti akan berlaku tragedi yang akan membuatkan orang marah.

Nak di jadikan cerita, aku letakkan kamera kesayanganku di dalam handbag adikku (hanis), oleh kerana handbagnya besar, jadi aku balut kamera aku bersama towel tebal. Sebelum keluar rumah, aku dah ingatkan pada Hanis yang aku tumpangkan kamera aku dalam handbagnya, dia pun menganggukkan tanda faham. Selang beberapa minit, hanis letakkan hanbagnya di atas pagar beranda luar umah dan terus berlari-lari anak untuk mengunci pintu rumah, tanpa dia sedar  yang tali handbagnya tersangkut di pergelangan tangannya dan…. Gedebuk!!! Handbag berkenaan jatuh… berderau darahku, Allahuakbar, kamera aku! Jerit ku… dengan selamba hanis menoleh kebelakang dan cakap
 “eh, ada kamera ke kat dalam?”.

Muka aku bertukar menjadi hijau mcm “HULK” macam dalam cerita Incredible Hulk, ok ianya hanya fantasi. Perasaan marah ketika itu sangat membuak-buak. Tapi aku pendamkan sahaja, dan hanis memang mengetahui yang aku sedang marah.

Selepas selesai mengunci pintu utama dan Gate rumah, kami meneruskan perjalanan ke Santuary Resort, hati aku dah berkecamuk sedikit. Aku terus menekan button ‘On’pada kamera, adjust sedikit bahagian lens, Oh My! Lens ku dah problem. Aku diamkan lagi, adjust lagi bahagian knob button dan seangkatannya, ok yang lain masih berfungsi dengan baik. Terima kasih Ya ALLAH! Hanya lens sahaja yang bermasalah. Dalam waktu perjalanan, ummi masih lagi membebel. Membebel akan sikap hanis yang sering kali cuai dan tergopoh gapah. Hanis menarik muka masam mencuka.

Hurm… itulah sikap adik perempuan bongsu aku ni, memang tak boleh di tegur, bila tegur je tarik muncung empat belas… ish…ish…ish budak zaman sekarang…

Candit picture
Papaku dan Cucunya Ameer Fauzan Al Hafiz
senyumannya seceria suasana pagi
memperkenalkan, papa , ehem2, dan mummy
Baris!!! sedia!
Dalam perjalanan, aku banyak mendiamkan diri, mendengar sahaja bebelan ummi tanpa menyampuk sedikit pun. Setibanya kami di resort, ummi terus ke meja pendaftaran untuk mendaftarkan ketibaan kami. Aku masih lagi mendiamkan diri, tidak bercakap dengan hanis walau sepatah pun. Masing-masing mempunyai ego yang tinggi, menunggu siapakah yang akan menghulurkan tangan meminta maaf. Beberapa minit berlalu dan masing-masing masih mendiamkan diri dalam kereta di tempat duduk belakang. Ok, 5 minit berlalu, aku dah tak tahan dengan perasaan ini, dan aku menghulurkan tangan dan meminta maaf pada Hanis atas sikap aku sebentar tadi, sambil memeluk dan mencium pipinya.

  

‘ok, Hanis, kak Fatin mintak maaf sal tadi, sebab geram sangat ngan sikap kamu tu’

Hanis membalas balik senyuman dan ucapan maafnya itu.

“ok, orang pun minta maaf banyak-banyak jugak”

Air di cincang tidak akan putus, peribahasa ini amat sesuai digunakan dalam peristiwa kali ini.

Hehehe, agak lucu la jugak perangai masing-masing, tapi sebelum ini, setiap kali pergaduhan kecil  yang berlaku, akulah yang sering menghulurkan tangan dahulu minta maaf pada yang lain. Walaupun luaran aku keras, tapi dalam hati tetap lembut juga.

Selepas bermaaf-maafan ala-ala pagi raya, kami terus keluar dari perut kereta dengan senyuman dan terus ke tepi pantai bersama-sama untuk sarapan pagi. Cuaca pada pagi itu sangat indah! SubhanALLAH!


Memang sangat-sangat indah. Sarapan pagi itu adalah mee goreng mamak yang super duper best! Alhamdulillah rezeki dari ALLAH.


Setelah selesai menikmati juadah pada pagi itu, kami terus melakukan aktiviti yang seterusnya iaitu senamrobik beramai-ramai.

Senamrobik beramai-rami
Pada hari itu, banyak aktiviti sukaneka yang aku sertai, tapi hanya dua acara yang aku menangi antaranya ialah bowling pantai, dan golek gelung. Keseronokkan pada hari itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Setelah selesai semua acara, kami terus mengisi perut dengan makanan tengahari yang sangat lazat.
Alhamdulillah, terima kasih Ya ALLAH, kerana memberikan kami peluang untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami.

Tuesday

Idola Rahsiaku

Assalamualaikum..

Dah lama rasanya tak menulis di sini, rindu untuk menulis makin menjadi-jadi. Kekangan masa membataskan tangan saya untuk menari-nari atas papan kekunci ini. Mohon maaf semua ya.

Banyak peristiwa yang nak dikongsikan dengan pembaca semua. Serius, banyak sangat sangat sangat. Ok,ok, kita fokus pada cerita ni dulu ye. Saya nak ceritakan tentang seseorang yang sangat saya minat boleh kata secret admire la, hamba allah ni sangat hebat. Walaupun usianya masih muda, tapi pemikiran dan kata-kata beliau sangat matang. Hamba allah ni nama dia nor adibah binti rozain saya mula mengenali beliau sewaktu beliau terlibat dengan daie millenia anjuran  tv3 baru-baru ini. Semenjak beliau mula terpilih rancangan berkenaan, saya mula tertarik dengan beliau. Serius, sangat tertarik, bukan tertarik disebabkan kecantikan ataupun keseksian ataupun sebagainya, tapi saya sangat tertarik dengan kata-kata dan hujah yang beliau sampaikan. Penuh isi dan sangat berhemah. setiap kali ada diari Daie millennia, saya tidak akan ketinggalan untuk mengikutinya. Beliau sangat menjaga adab dan batas bersama dengan peserta yang lain. Walaupun ada aktiviti yang memerlukan beliau masuk air, beliau akan memastikan auratnya tertutup rapi. Ya Allah, bagusnya. 




penampilan beliau sangat sopan dan menepati syariat


Setiap poster, gambar dan kata-kata daie adibah ini saya akan print screen dan simpan buat simpanan dalam laptop dan handphone. serius, saya sangat minat pada daie adibah. walaupun dah keluar masuk TV, tapi penampilan dia langsung tidak berubah, tetap bertudung labuh dan sederhana dalam berpenampilan. beliau adalah icon dalam hidup saya sekarang. bahaya jugak minat sehinggakan setiap kali on laptop, mesti cari gambar atau video adibah yang terkini, dan download lagi untuk ulang2 dengar dikemudian hari. fuh!!! memang minat tu sangat luar biasa, setiap bait kata-kata daie adibah ini saya akan tulis dalam diari dan sematkan dalam hati serta amalkan. Allah, hebatnya aura gadis ni sehinggakan saya jatuh hati untuk terus mendalami islam. kata daie Adibah, kalau nak orang hormat pada kita, pastikan kita hormat ibu bapa kita. kalau kita nak Allah makbulkan doakan kita, pastikan kita solat diawal waktu dan sentiasa solat berjemaah. pergh! terkesan kut kata-kata tu.

Auratnya tertutup rapi oh muslimah


Ada satu hari tu, waktu final episode daie millennia, saya tak henti-henti undi nak bagi beliau menang. Alamak, kantoi kat situ....sebab saya rasa, gadis ni mampu memberikan satu pembaharuan kepada dunia media. ye lah, media hari ini penuh dengan program yang merosakkan jiwa anak muda, dan program seperti ini memang patut disiarkan untuk anak muda. aduhai, tak tahula kenapa perasaan nak bagi beliau menang tu membuak-buak, dan akhirnya Allah pilih daie Adibah untuk menang. beliau sangat humble, dan bersahaja. setiap hujah yang disampaikan membuatkan setiap penonton terkesima dan terpukau. Walaupun beliau bukan mengambil jurusan agama, tetapi beliau mampu buktikan dengan persaingan yang hebat.


Hadiah RM50 ribu dan pakej pergi umrah. Wah, seronoknya! insyAllah, satu hari nanti pasti saya akan berjumpa dengan beliau. InsyAllah, mudah-mudahan Allah makbulkan doa saya ini.

Kerinduan terubat bersama yang Tercinta!

Assalamualaikum semua, Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk aku terus menulis di laman kesayangan ini. Walaupun segalanya yang aku tulis hanyalah tentang diri aku… hehehe ianya sekadar perkongsian untuk aku buat pembaca semua.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi, kerana bebanan sakit yang aku alami kian pulih tatkala bonda dan ayahnda  tercinta datang ke Shah Alam. Dari hari pertama ummi dan papa datang hanya senyuman dan senyuman dan senyuman yang aku berikan. Sungguh bahagia rasa hati. Kebiasaan apabila ummi dan papa datang, mereka akan arahkan kami anak-anak untuk membawa mereka ke tempat-tempat yang menarik. Tempat pertama yang mereka arahkan adalah restoran. Walaupun ummi dan papa serta adik-adik yang datang Shah Alam, tapi merekalah yang mencadangkan untuk makan malam di luar. Oleh kerana esok 8 Disember 2012 merupakan hari ulang tahun kelahiran abang ipar aku, jadi kakak aku mencadangkan supaya malam ini kita makan dirumah.

Untuk meraikan kedatangan ummi, papa serta adik beradik yang lain, aku menghidangkan menu masakan campak-campak iaitu bihun hentam saja namanya. Manakala abang cik aku pula telah membeli beberapa kotak Domino’s Pizza. Kami buat kejutan ala-ala terkejut dengan membeli kek segera di giant sebelah rumah kakak aku ini. Walaupun persiapan yang dibuat sangat sederhana dan tangkap muat, tapi ianya berjalan dengan lancar. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan kebahagiaan padaku walaupun ianya hanyalah pinjaman semata-mata.


*Oleh kerana line internet di kampong agak perlahan, jadi gambar-gambarnya akan menyusul kemudian

photoshoot kumpulan baru d studio devotees

Alhamdulillah segala puji bagi Allah pemilik semesta alam yang memberikan rezeki yang melimpah ruah. Aku berkesempatan untuk memenuhi undangan sahabat yang telah selamat mendirikan rumah tangga. Tahniah diucapkan buat Kak Amalina dan Suami.




Selesai majlis persandingan, aku bergegas ke Unic Record untuk photoshoot cover album bagi kumpulan baru IMQ. Kali ini kami menggunakan studio Devotees yang terletak berhampiran dengan studio Unic Record.






Sempat juga ambil gambar untuk kenang kenangan (^__^)v



Selamat hari Lahir Sahabat & Jamuan Perpisahan

Alhamdulillah, aku berkesempatan juga untuk menghadiri majlis anjuran Exco Multimedia dan Publisiti PMH walaupun pada ketika itu tahap kesihatan masih kurang. Akan tetapi, oleh kerana ukhwah persahabatan antara kami sangat kuat, aku lupakan seketika sakit itu. Majlis berkenaan diadakan di Pusat Islam. Alhamdulillah, walaupun majlis yag sederhana, ianya tetap juga meriah. Sahabat-sahabat meraikan juga ulang tahun kelahiran aku walaupun telah terlambat , dan juga kelahiran sahabatku yang akan datang iaitu Ijat, dan kak Sakilah. Alhamdulillah, terima kasih sahabat semua. Terharu, oleh kerana aku tak bawa kamera, jadi terpaksa tangkap melalui pic handphone.