Sesungguhnya senyum itu adalah sedekah (^_^)v

Tuesday

~Oh! Villa Jannah!~

Allah, lama betul tangan tak menari-nari atas key board ni, rasa kekok pun ada. Tahun 2013 merupakan tahun yang paling bermakna buat diri ini. Sekian lama mencari ketenangan untuk memiliki sahabat yang soleh dan solehah, akhirnya Allah makbulkan jua.. Terima kasih Allah atas segala nikmat ini. Selesai semester 3 aku mengambil peluang untuk menghabiskan masa bulan puasa bersama keluarga tercinta. Seronok bila masing-masing berkumpul bersama, wan, ummi, papa, abang-abang, kakak dan adik-adik semua berkumpul.

Tidak lama lagi semester 4 akan kembali, jadi aku kena lebih bersedia dari segi mental dan fizikal lebih-lebih lagi kini aku bergiat aktif dalam Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH). Aku mesti rancangkan dengan lebih teratur jadual harian dari segi kerja luar, tugasan kuliah dan tugasan sebagai pendakwah islam. 8 September  2013 semakin hamper, Allah! rasa berat hati ini untuk terbang ke Shah Alam. Aku mendapat pelawaan oleh sahabat-sahabat solehah untuk berpindah ke rumah baru mereka yang diberi nama “Villa Jannah”. Rasa tertarik dengan nama tu, jadi aku berbincang dengan ummi papa tentang hajat sahabat-sahabat. Dan Alhamdulillah ummi dan papa setuju!
Bermulalah hidupku di rumah yang penuh barakah ini… sewa sebulan sangat murah! Include makan minum dan unifi lagi. Fuh!

Apa yang menarik mengenai Villa Jannah ni ialah, penghuninya yang sangat baik walaupun jumlah penghuninya 15 orang, tapi aku tidak merasa sesaknya. Sangat manis berada dalam rumah ni bilamana waktu solat, masing-masing ingatkan satu sama lain. Kami solat jemaah sama-sama. Allah, terasa manis sangat bila berukhwah kerana ALLAH! Di rumah ini aku banyak belajar, terlalu banyak. Aku belajar memasak, belajar mengulangkaji sama-sama, berlajar bersabar, belajar menghargai dan yang paling omenyentuh hati belajar untuk menjadi imam ketika solat, Allah rasa diri ini tak layak sangat untuk berada di depan (T_T). Pesan Kak Fizah selaku ketua rumah, bila kita bersama dengan orang-orang yang soleh dan solehah, malaikat juga turut bersama kita. Seronok sangat bersama mereka!

Di Villa Jannah ni kami diberikan jadual harian siapa yang akan masak, basuh baju, kemas rumah dan sebagainya. Rasa diri ini sangat berdisiplin, pertama kali aku masak dalam jumlah yang agak banyak sebab ahli rumah 15 orang. Fuh!!! Seram sejuk rasanya, takut sangat bila masakan yang kita masak tak sedap. Tapi, Alhamdulillah sahabat-sahabat semua makan dengan seleranya (hati berbunga-bunga).

*Sahabat! pimpinlah tanganku bersama menuju syurga ILAHI!

1 comment: