Sesungguhnya senyum itu adalah sedekah (^_^)v

Thursday

Pinjaman Hanyalah Seketika


Allah maha mengetahui tentang apa yang akan berlaku sebelum dan selepas. Nikmat kegembiraan dan kesihatan yang Allah bagi pinjam pada aku hanyalah sekejap. Nikmat gembira bersahur, berbuka dan bertarawih dengan keluarga hanyalah seketika yang aku sendiri tahu bahawa aku hanya berada di kampong halaman Cuma beberapa hari sahaja selepas pulang dari kursus tempoh hari. Masa yang ada aku gunakan sepenuhnya untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Kegembiraan di wajah papa jelas kelihatan tatkala aku pulang ke rumah. Walaupun pada masa itu aku masih terasa penat dek perjalanan yang sangat jauh, tetapi aku tetap mengukir senyuman untuk menjaga hati ummi dan papa. Aku terkilan seketika kerana waktu hari pertama bersahur aku tidak sempat menolong ummi di dapur dek masalah pinggang yang aku alami. Ummi tetap gembira tatkala melihat anak perempuan keduanya makan masakan ummi dengan penuh selera. Aku rasakan bahagia mempunyai bonda dan ayahnda yang sangat penyayang.

Aku hanya sempat berbuka bersama keluarga hanya dua hari kerana aku masih ada urusan yang perlu diselesaikan di shah alam. Pada hari ahad yang merupakan hari terakhir sebelum aku berangkat ke shah alam, aku sempat berbuka bersama keluarga, ummilah insan yang paling gembira kerana semua ahli keluarga aku berkumpul, banyak juadah yang ummi sediakan, antaranya kari kepala ikan, ikan masak asam, daging masak merah, kuih Melaka, ketupat, ayam panggang madu, air tebu, air sirap dan sebagainya. Oleh kerana saya dan abang ipar akan balik ke selatan, ummi sediakan semua masakan itu untuk menggembirakan kami. Terharu dan pilu singgah dihati tatkala melihat kegembiraan kedua ibubapa yang hanyalah seketika.
Selepas selesai berbuka, kami bersiap-siap untuk ke surau bagi menunaikan solat isyak serta tarawih berjemaah. Sementara menunggu azan solat isyak, ummi mengisikan masa yang terluang dengan membaca ayat suci al-quran. Aku cuba mengganggu ummi denganmengajak ummi berborak :

Aku : Ummi rasa fatin kawin bile? (fatin merupakan nama manja aku dalam keluarga)
Ummi : nape pulak Tanya macam tu? Dah nak kawin ke?
Aku : ish! Orang tanye je, mane tau kut2 ummi dah carikan untuk kite….
Ummi : tak de maknenye ummi nak cari untuk fatin, fatin carilah sendiri…
Aku : ala, ummi carikanla. Kan setiap ibu yang carikan calon suami or isteri untuk anak-anak pasti yang terbaik… (sambil ibu jari terangkat)
Ummi : malasla nak layan, cari lah sendiri. Solat malam tu yang penting kalau nak cari suami yang baik2. Satu lagi, kalau nak yang baik, kena lah mula dari diri kita. Bukan tunggu jatuh dari langit…
Aku : kite nak cinte pas kawin... hehehe
ummi : doa la...
aku : diam tanpa kata…. Malu….

Selesai solat terawih kami pulang ke rumah, belum sempat aku masuk ke bilik untuk menukar pakaian, abang ipar aku telah menunggu aku di garaj kereta untuk berangkat ke shah alam. Ya Allah, sekejapnya masa yang engkau berikan padaku untuk bersama keluarga. Seperti biasa, ummi akan membungkuskan segala macam makanan yang ada di dapur untuk aku bawa pulang ke shah alam. Ada kuih, ada lauk dan ada juga buah buahan. Ibu mana yang tak sayangkan anak? Terpancar di wajah ummi kesedihan tatkala melihat aku masuk ke perut kereta. Proton waja yang dipandu abang iparku mula keluar dari pagar, dalam diam aku menitiskan air mata tatkala melihat lambaian tangan ummi dan papa serta wan di beranda rumah lantas difikiranku mula berfikir dan berdoa, Ya Allah, andainya ini lambaian terakhir dariku, engkau ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan lindungilah mereka di bawah lembayung rahmatmu.

Aku selamat sampai di Shah Alam jam 2 pagi, rumah sewaku masih lagi terang mungkin kakak-kakak housemate dah balik dari kampong. Aku masuk ke rumah dan terus membersihkan diri dan tidur seketika sebelum sahur. Pagi itu aku hanya bersahur dengan kurma dan roti sahaja dek kemalasan yang melanda. Selepas solat subuh, aku sambung tidur kembali dek penat perjalanan masih belum hilang. Aku masih dibuai mimpi, tatkala aku mendapat panggilan dari housemate ku kak azi :
Kak azi : hello, assalamualaikum, huda sibuk tak? Huda free tak pagi ni?
Huda : waalaikumussalam, tak kak, nape kak?
Kak azi : kat umah ada motor tak?
Huda : ada kak, tapi kuncinye tak de la sebab saya tak de motor
Kak azi : ala, macam mana ek? Akak jatuh motor ni… hehe (gelak sambil nangis)
Huda : Subhanallah, biar betul kak, kat mana? Teruk tak?
Kak azi : ha’ah, ntah la teruk ke tak, jatuh kat PJ Hilton. Licin
Huda : macam mana ni akak? Huda tak de transport. (cuak sambil air mata jatuh sebab bimbang)
Kak azi : akak pun tak tau nak buat macam mana, kat sini dah nak hujan, motor tak leh jalan gear bengkuk, kaki akak dah capek tak leh nak tolak.
Huda : ala macam mana ni… huda cuba cari contact number bengkel kat google ya kak. Akak sabar tau. Jangan nangis

kak azi yang selalu bersama aku
Tatkala keresahan dan kebimbangan melanda hati, aku cuba kuatkan semangat untuk berlagak tenang. Aku terus capai fon cordless dan membuat panggilan kepada rakan-rakan yang boleh membantu kak azi. Tapi malangnya masing-masing sibuk dengan pekerjaan dunia. Aku hanya mampu berdoa, mohon agar Allah permudahkan segala urusan hambanya. Aku naik ke atas untuk ke bilik air sambil membawa hand phone dan cordless phone, apabila keluar dari bilik air, aku terus menuju ke tangga untuk turun ke bawah sesampai aku di anak tangga yang keempat akhir, aku tiba-tiba hilang kawalan dan akhirnya aku jatuh kebawah. SubhanAllah aku tidak dapat bangun. Tiada siapa di rumah yang boleh membantu aku. aku menangis Ya Allah hebatnya dugaanMu ini. Aku masih duduk di tangga dan tidak mampu lagi untuk bangun hand phone dan cordless phone aku berkecai ddek jatuh dari anak tangga berkenaan. Aku cuba gagahkan diri untuk bangun dan cuba mencapai laptop untuk google bantu kak azi yang di timpa musibah. Aku menangis tidak henti-henti akibat sakit yang teramat sangat di bahagian pinggul dan pinggang. Aku hanya mampu berdoa dan menangis mohon pertolongan daripada Allah. Jari kelingking tangan dan sikuku dah kelihatan sedikit lebam. Aku menangis lagi kerana aku tidak mampu untuk membantu kak azi yang di timpa musibah. Aku berteleku panjang di hadapan laptop hanya tangisan dan doa yang mampu aku ungkapkan. Tiba-tiba aku mendapat satu mesej dari kak azi :

Kak azi : huda, thanx a lot ya. Akak dh dpt contact number bngkel motor area PJ. jap lgi kakak akak kt puchong dtg ambik akak, skrg akak baru blik clinic juz luka2 ringan je. Don’t wori ya.

Syukur Alhamdulillah aku panjatkan kepada Ilahi kerana memudahkan segala urusannya. Kesakitan yang aku alami hilang seketika. Nikmat sihat yang Allah berikan kepadaku hanya seketika, kaki makin bengkak dan lebam jelas kelihatan lantas aku terus mesej pada ummi tentang keadaan aku sekarang.

aku : fatin jatuh tangga mi, xleh nak bangun…. Kejang…  (T_T) umah xde org…
ummi : tgga mane?
Aku : tngga umah, licin nk turun dari bilik air… (T__T)
Ummi : amik minyk urut
Aku : lebam ngn sliuh jari je
Ummi : urut la, guna myk afiat panas
Aku : ok

Lantas ummi menelefon aku, jelas kedengaran suaranya yang sangat bimbang akan kesihatanku. Perbualan kami diteruskan dengan hal yang lain. Sungguh Allah maha penyayang tatkala hambanya dalam keadaan kesedihan dan kesakitan, Allah kirimkan seseorang yang mampu mengurangkan bebanan yang di tanggung. Terima kasih Ya Allah.

Moral of the story
Setiap apa yang berlaku merupakan perancangan Allah, walaupun sehebat mana musibah yang menimpa, yakinlah bahawa Allah sentiasa ada dan yakinlah bahawa anda juga mampu menghadapinya.

No comments:

Post a Comment