Sesungguhnya senyum itu adalah sedekah (^_^)v

Tuesday

Kerinduan terubat bersama yang Tercinta!

Assalamualaikum semua, Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk aku terus menulis di laman kesayangan ini. Walaupun segalanya yang aku tulis hanyalah tentang diri aku… hehehe ianya sekadar perkongsian untuk aku buat pembaca semua.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi, kerana bebanan sakit yang aku alami kian pulih tatkala bonda dan ayahnda  tercinta datang ke Shah Alam. Dari hari pertama ummi dan papa datang hanya senyuman dan senyuman dan senyuman yang aku berikan. Sungguh bahagia rasa hati. Kebiasaan apabila ummi dan papa datang, mereka akan arahkan kami anak-anak untuk membawa mereka ke tempat-tempat yang menarik. Tempat pertama yang mereka arahkan adalah restoran. Walaupun ummi dan papa serta adik-adik yang datang Shah Alam, tapi merekalah yang mencadangkan untuk makan malam di luar. Oleh kerana esok 8 Disember 2012 merupakan hari ulang tahun kelahiran abang ipar aku, jadi kakak aku mencadangkan supaya malam ini kita makan dirumah.

Untuk meraikan kedatangan ummi, papa serta adik beradik yang lain, aku menghidangkan menu masakan campak-campak iaitu bihun hentam saja namanya. Manakala abang cik aku pula telah membeli beberapa kotak Domino’s Pizza. Kami buat kejutan ala-ala terkejut dengan membeli kek segera di giant sebelah rumah kakak aku ini. Walaupun persiapan yang dibuat sangat sederhana dan tangkap muat, tapi ianya berjalan dengan lancar. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan kebahagiaan padaku walaupun ianya hanyalah pinjaman semata-mata.


*Oleh kerana line internet di kampong agak perlahan, jadi gambar-gambarnya akan menyusul kemudian

No comments:

Post a Comment