
Akan tetapi, hari demi hari Allah
menguji aku dengan sikap teman-teman yang langsung tidak mengambil berat
tentang diri aku. Kalau dahulu mereka selalu singgah ke bilik aku untuk
bertanyakan khabar, tapi sekarang, langsung tidak. Aku semakin tidak
bersemangat untuk belajar.
Aku tidak kuat, dan Allah sekali
lagi menguji aku untuk aku tinggalkan tudung labuh. Aku tidak mampu menghadapi ujian Allah ini,
iman di dadaku sangat rapuh, dan dengan mudah aku meninggalkan imej berkenaan. Setelah
aku tidak mengenakan tudung yang labuh, ramai pula teman yang datang dan
mengajak aku keluar berhibur tanpa menghiraukan waktu solat. Pada ketika itu,
aku hanya solat dalam keadaan terpaksa, langsung tiada khusyuknya. Ya Allah
hinanya aku….
Aku menjadi bahagia dengan hidup
berkenaan. Tetapi kebahagiaan itu hanyalah seketika. Tatkala aku mendapat
panggilan dari kakakku yang mengatakan bahawa ayahnda tercinta di masukkan ke
wad kecemasan kerana di patuk ular sewaktu bertugas. Aku hanya menangis dan
menangis. Aku berkemas untuk pulang ke kampong, tatkala aku menarik laci almari
aku terpandangkan sehelai kain berwarna coklat yang masih kemas terlipat. Aku menarik
dan…. Air mataku bejujuran jatuh… Ya Allah…. Aku rindukan perasaan yang dahulu…
aku inginkan ketenangan yang pernah Engkau singgahkan kedalam hati aku suatu
ketika dulu… aku terus mengambil wudhu’ dan terus sujud syukur menyembah ilahi
kerana masih diberi peluang untuk aku terus berubah… aku terus bersiap untuk
pulang ke kampong halaman.
![]() |
Tudung yang masih dipakai sehingga sekarang |
Sewaktu menunggu ketibaan kakak
dan abang cik, aku berkesempatan untuk menghadirkan diri ke program ‘solat
jenazah’ bertempat di Pusat Islam (CITU)UiTM. Sebaik sahaja mendengar
penceramah mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-quran, tiba-tiba air mata jatuh
mula membasahi pipi. Sungguh hambaMu telah terlalu lama tidak memujiMu Ya Allah…
dalam pada masa itu, fikiranku mula terbayang seraub wajah insan tua yang
sentiasa sabar dengan karenah anak-anak, papa… aku tidak putus-putus berdoa
semoga papa dalam keadaan selamat.
Teringat akan kata-kata ustaz
Lutfi : Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu
hambaNya tanggung…
Aku pegang dengan kata-kata itu,
dan aku yakin Allah Maha Mengetahui setiap apa yang terjadi… Semenjak dari hari
itu, aku tanamkan niat dan azam untuk terus berubah. Aku yakin, Allah sentiasa
bersama hambaNya…
![]() |
semoga papa sentiasa dalam rahmat Allah |
Alhamdulillah, papa semakin sihat
sehingga ke hari ini dan mampu tersenyum melihat kejayaan anak-anaknya…
Aku akan terus berpegang pada
janji yang aku akan terus berjalan di jalan Mu Ya Allah. Semoga setiap apa yang
aku lakukan sentiasa dalam lindungan Allah.
Ya Allah, sesungguhnya setiap
langkadan perbuatanku ini hanyalah kerana Mu….
No comments:
Post a Comment