Sesungguhnya senyum itu adalah sedekah (^_^)v

Friday

ONLY YOU IN MY HEART

Rasanya sangat bahagia bila bersama dengan keluarga tersayang. Dapat makan sama-sama, bergurau bersama-sama. Kadang kala, cerita dongeng pun boleh berkongsi bersama. Kalau diikutkan hati rasa seolah-olah ingin bersama mereka setiap masa tanpa menghiraukan perkara lain. Akan tetapi, apakan daya, impian mesti dikecapi untuk merialisasikan apa yang terbuku dihati. Meneruskan pengajian keperingkat yang tertinggi akan ku tetapkan. Walaupun sekuat mana ujian yang menerjah, akan ku cuba untuk berjuang demi ilmu dunia dan juga akhirat.


Allah Maha adil dan Maha Penyayang, Allah mengirimkan aku ibu bapa yang sangat penyayang. Mereka mendidik aku dengan penuh kasih sayang dan tinggi ilmu agama. Mereka selalu mengingatkan aku akan solat, tanamkan sifat positif dalam diri dan sentiasa memaafkan orang lain.

Aku sering kali teringat akan pesan ummi, ‘sebelum tidur kita kena baca surah 3 kul, ayat kursi dan ayat seribu dinar serta doa tidur, dalam doa tidur itu kita selitkan kalimah syahadah dan sebelum kita lelapkan mata kita niatkan dalam hati  bahawa aku dah maafkan orang yang buat salah pada aku dan mohon pada Allah supaya orang tu pun maafkan setiap salah dan silap kita halalkan semuanya. Sebab apa ummi pesan macam tu? Sebab nanti kita meninggal, kita telah maafkan orang…’ pesan ummi itu sentiasa aku praktikkan dalam kehidupan aku seharian.

Benar kata ‘peribahasa di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi’. Aku kagum dengan kelebihan bondaku ini. Walaupun ummi sibuk di pejabat, ummi tidak pernah lupa akan tanggung jawabnya terhadap keluarga. Rutin harian ummi sangat padat, tapi ummi tidak pernah sesekali merungut. Ummi akan menyediakan hidangan yang lazat walaupun ummi sendiri tidak menjamahnya. Ummi akan bangun di awal pagi untuk menyiapkan sarapan untuk kami.waktu tengahari ummi pulang pejabat dan terus ke dapur untuk menyiapkan makan tengahari. Walaupun masa waktu itu hanyalah sekejap, akan tetapi ummi tetap hebat dan pandai menjaga hati kami.

Pada setiap hari Isnin, ummi akan pulang rumah sebelum pukul 7 mlm. Kerana pada masa itu ummi berpeluang mengisi waktu yang sedikit dengan menghadiri majlis agama untuk menambah ilmu di dada. Aku sangat kagum dengan ummi. Benda yang paling aku kagum dengan ummi ialah pada waktu malam setelah solat maghrib, ummi akan mengisi waktu itu dengan mengumpul bekalan untuk akhirat iaitu dengan mengajar al quran kepada anak-anak kampong. Aku sangat kagum dengan ummi yang mampu meluangkan sedikit masa yang ada. Setiap kali aku pulang ke kampong, aku akan duduk bersebelahan dengan ummi sewaktu ummi mengajar mengaji, meneliti dan memerhati akan gerak geri ummi yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah. Sentiasa akan membuatkan kami tersenyum. Aku bersyukur kepada Mu Ya Allah kerana mengurniakan ibu yang sebaik ummi. Terima kasih Ya Allah.

Aku masih ingat sewaktu aku dalam lingkungan umur 5 tahun, ummi mula mengajarkan aku alif ba ta. Dan Alhamdulillah aku mudah mengenal, bekat dari doa seorang ibu, aku khatam al-quran pada usia yang terlalu muda iaitu umur 7 tahun. Sejak dari kecil, aku dibesarkan dengan alunan zikrullah oleh ummiku, dan sejak dari itu juga papa melatih abang-abangku yang lain untuk berjinak-jinak dengan al-quran. Sejak dari itu papa selalu menghantar abang-abang aku untuk menyertai pertandingan tilawah al-quran dari peringkat zon sehingga keperingkat negeri. Aku tertarik, sewaktu aku berumur 9 tahun, papa menyenaraikan aku masuk pertandingan tilawah al-quran peringkat zon negeri Terengganu.

Insan yang selalu memberi semangat dan inspirasi untuk menang pertandingan itu adalah ummi. Ummi banyak mengajar aku tentang cara-cara untuk bacaan yang merdu dan betul. Pada waktu itu, aku hanyalah belajar tarannum yang paling senang iaitu tarannum Bayyati. Dan Alhamdulillah, aku mendapat tempat yang ke-2. Aku sangat gembira dan kagum dengan kesungguhan ummi dan papa mendidikku. Alhamdulillah, aku bersyukur padaMu Ya Allah, semoga setiap kebaikan yang ummi dan papa lakukan menjadi bekalan di akhirat kelak. Benarlah kata pujangga, Tangan yang menghayun buayan bias menggongcangkan dunia.
Ummi dan Papa adalah insan yang terbaik Allah kirimkan buat diriku. Terima kasih Ya Allah.



Firman Allah :
“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusuinya dalam dua tahun, bersyukurlah padaku dan kepada dua ibu bapamu hanya kepada Ku lah kembalimu.”
Surah Luqman : 14

1 comment:

  1. menagis acik bace yg nie ..sebab acik tak pernah rasa semua nie :(

    ReplyDelete